Friday, April 16, 2010

No Strings Attached


Tanpa Kontrak, itulah maksud tajuk diatas. Entri ini akan mengupas sedikit sebanyak kelebihan yang terdapat pada pakej jalur lebar tanpa wayar (wireless broandband) yang ditawarkan oleh P1, sebuah syarikat gergasi yang menerajui perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar di Malaysia.

Packet One adalah pakej internet yang disediakan oleh P1, dan pakej ini tidak terikat dengan mana-mana kontrak, antara kelebihan yang boleh didapati oleh pelanggan yang melanggani Packet One tersebut. Keistimewaan yang disediakan oleh P1 ini memberikan peluang kepada pelanggan baru untuk menggunakan perkhidmatan internet mengikut tempoh masa yang ditentukan oleh pelanggan tersebut. Sekiranya pelanggan tidak berpuas hati, atau ingin menghentikan perkhidmatan, mereka boleh berbuat demikian tanpa sebarang masalah. Dengan memberikan notis 30 hari kepada P1. Jadi pengguna Packet One tidak perlu lagi risau dengan sebarang kontrak.

P1 memulakan langkah bagi menguasai jaringan jalur lebar tanpa wayar pada tahun 2008 dengan sasaran utama iaitu Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, baru berusia lebih kurang 2 tahun, namun, dalam masa yang begitu singkat Sejak P1 WiMax diperkenalkan pada bulan Ogos tahun 2008, mereka telah mendapat lebih daripada 120,000 pengguna dengan pengguna yang terbanyak daripada negeri Selangor, iaitu sebanyak 41 peratus. Daripada jumlah keseluruhan, 120,000 pengguna, sebanyak 33.15 peratus merupakan pengguna jalur lebar yang baru dan tidak pernah melanggan kepada perkhidmatan yang lain sebelum ini. Dengan memperkenalkan perkhidmatan mereka kepada Sabah dan Sarawak, ianya akan membantu Packet One meningkatkan penguasaan pasaran WiMax pada masa ini yang berjumlah 56 peratus.

P1 WiMax juga mengumumkan yang mana mereka menjangkakan untuk melancarkan perkhidmatan WiMax mereka di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak menjelang pertengahan 2010, atau lebih tepat lagi pada bulan Julai 2010.

Buat masa ini, Packet One telah mengenal pasti lebih 48 tapak untuk melaksanakan rancangan ini pada tahun 2010, dan lebih 58 tapak lagi akan diberikan perhatian pada 2011. Antara tapak-tapak yang akan mendapat perhatian awal, termasuklah Kota Kniabalu, Sandakan, dan juga bahagian Tawau. Sekiranya mendapat sambutan dan permintaan, perkhidmatan P1 WiMax juga akan diperkenalkan di kawasan luar bandar yang lain. Bagi mendapatkan maklumat liputan untuk perkhidmatan P1 Wimax ini anda boleh memasuki laman ini.

Selain itu P1 juga telah menjadi penyokong atau penaja kepada rancangan realiti online Project Alpha Season 2 berganding bersama Streamix.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

1 comment:

REMEDY KARUNG GUNI said...

best ker guna wimax ni...kalau kawasan aku kureng sikit orang guna...tapi at least blh ber persaingan sikit dkt TM