Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Thursday, April 29, 2010

Alam Ciptaan Manusia

Manusia memang haiwan yang ber-IQ tinggi! selain merupakan haiwan yang paling suka berSOSIAL...

Bermacam benda yang manusia cipta, dari yang NYATA kepada yang MAYA...

entri ini akan fokus kepada alam MAYA! ciptaan manusia....

Ape ekkk alam MAYA yang manusia cipta?

I O...itulah alam maya yang manusia cipta! I O...

hanya dua karakter ini, I dan O...mampu menghasilkan alam maya yang berIMPAK luarbiasa...
Contohnya, Internet...aku bukan nak cerita macamana I O ini boleh menghasilkan internet...itu kerja gila!!

Tapi hanya dengan simbol mudah ini, boleh membina sesuatu yang SUPERDUPER COMPLEX!!

siapa yang buat benda2/perkara COMPLEX nie???

ahhhh...tulah yang aku nak fokuskan! KEHEBATAN MANUSIA!! pemikiran manusia!!

Tapi bukan seorang sahaja yang buat benda-benda nie...mungkin ada beribu-ribu, malah berjuta-juta yang berkerjasama untuk menghasilkan sesuatu yang luarbiasa ini...

Lepas tu bukan boleh dibuat dalam masa 1 bulan, 1 tahun.....tapi sampaikan ambil masa berpuluh atau beratus tahun!!

Disambung dari satu generasi ke satu generasi yang lain, itulah kehebatan manusia, biarpun yang terdahulu sudah meninggal, tapi akan ada yang menyambung kerja-kerja beliau.....bukan ada yang suruh pun, tapi itulah polisi semulajadi manusia.....

Lagi satu sifat manusia yang boleh mengembangkan sesuatu yang kecil menjadi besar, adalah sifat yang tidak mudah berpuas hati! rata-rata, semua memang tidak akan pernah berpuas hati dengan apa yang dimiliki atau dicapai pada hari ini, saat ini kan.....kalau boleh esok nak lagi bagus! Itu adalah sifat semulajadi manusia......setiap masa ada saja perubahan.....

contohnya Kasut nak tukar setiap kali raya, baju nak ikut trend semasa, gaya rambut, dari Acer kepada Viao, dari Nokia kepada Sony erricsson....bukan aku nak kata semua, tapi majoriti dari apa yang aku perhatikan....(contoh aku nie mesti tak sesuai kan, lantak arr)

Tapi yang pasti, kita sebagai manusia biasa, tidak akan pernah berasa puas....mungkin boleh berasa puas hati untuk suatu jangka masa, tapi bukan untuk selamanya.....

Sifat inilah jugak yang membuatkan manusia sentiasa maju kehadapan, mencari kesempurnaan.....merasakan hidup kurang sempurna, merasakan duit tidak cukup, berasa ingin melihat setiap tempat yang menarik didunia ini, berasa ingin mengguna setiap hp yang canggih, berasa inginkan PC atau laptop yang laju.

Yang pastinya setiap keinginan manusia, semuanya bersifat positif, mana ada diantara kita yang nak tukar kereta bmw kepada kancil...kecuali lah, kalo kereta bmw tuh tak bleh anda bayar lagi, kan...so untuk kestabilan kewangan, anda pilih kancil...

Nah disitu lagi satu kehebatan manusia...bijak membuat pilihan berdasarkan kemampuan diri...
Ada tak diantara kita yang nak terjun ke laut kalo tidak tahu berenang, lepas tu takda pelampung pulak tu...ADA tak??? aku pasti tiada, kecuali dengan sebab yang musabab kan, macam kalo tak terjun kena tembak! lagi nahas kan, mati kena tembak berbanding mati lemas....
(aku cerita benda yang semua orang sedia sudah taw)....

berbalik kepada dunia maya I O tadi, (jauhnye menyimpang)...perkembangan yang luarbiasa ini memang sesuatu yang hebat! aku sebagai pengguna internet and the geng, merasakan kalau tiada internet, hidup ini bagaikan pokok kaktus di padang pasir! sampai macam tu sekali rasanya.....

apa yang buatkan aku berasa demikian tanpa internet???????

SATU! - Blog
DUA! - email
TIGA! - baca artikel dari favorite site
EMPAT! - Tutorial photoshop, illustrator blaaa...blaaa....
LIMA! - Update member2 di FACEBOOK, TWITTER blaaa...blaaa....
ENAM! - Download MOVIE, mp3, software, blaaaa....blaaa....
TUJUH! - blaaaa...blaaaa....blaaaa....


kalau aku nak tulis semua memang mengantuk lah ko baca....
Tapi bila aku fikir2 balik, benda-benda ni bukan boleh aku makan, bukan boleh buat aku kenyang....(macam kata mak aku dulu, kalau aku duk tengok TV sampai 3-4 jam, mesti dia tanya, ahhhh...KENYANG Kah TENGOK TV???)

memang tak kenyang kan, tapi rasa puas....terhibur....
tapi kan, semua tu hanya MAYA....bukan dunia sebenar....

Kadang2 menjadi platform untuk sampaikan pendapat, sampaikan maklumat, berinteraksi...
PRO dan KONTRA nya memang ternyata banyak sekali!!

Kalau anda seorang yang berpengatahuan cetek, senang2 jer kena tipu, senang2 jer dapat maklumat yang kurang betul, yang palsu....

Jauh dah aku bercerekarama, mesej aku nie diharap anda dapat lah yer....
Internet adalah sumber yang tiada LIMITASI! anda takkan menjadi pelayar internet yang melayari 100% ruang internet....

INTERNET ADALAH LAUTAN YANG SANGAT LUAS....
Bermacam2 pulau boleh jumpa,
bermacam haiwan yang baik, yang jahat pun ada....

Anda perlukan kompas untuk belayar kan, disini aku senaraikan 3 kompas yang sangat popular digunakan untuk melayari internet!!

1-GOOGLE
2-YAHOO
3-BING

nie jer yang aku rasa kompas yang hebat,
lepas tu ko perlukan KAPAL!!!

kapal ko plak adalah,

MOZILA (serigala hangus!)
Internet Explorer (lembab sikit)
Google Chrome (simple tapi power gak, tapi tak sehebat MOZILA!)

apa lagi yg ko perlukan???? nak bergerak perlukan enjin lah kan....
bagi aku, enjin yang boleh digunakan untuk bergerak dalam lautan internet adalah....

Streamix and the geng (bnyak woooooo, aku pun xbleh nk senarai sebab aku guna wifi FREE)
wifi free nie, bagi aku macam TENAGA ANGIN (macam kapal layar lah gitu kan, hahaha)

kalo ko ada gadget2 nie, ko bebas belayar dengan HEBATNYA di lautan internet....
berlabuh dimana2 pelabuhan...(semakin mengarut)

Marilah aku simpulkan segalanya...
Bagi aku Internet and the geng ini bukanlah benda yang semulajadi perlu ada dalam hidup manusia...
orang dulu-dulu pun bukannya ada internet and the geng kan, tapi still, masih boleh mengecapi kebahagian, kekayaan, kegembiraan, kesempurnaan...blaaa...blaaa....blaaa...

aku penat lah...nak rehat..nanti aku sambung lagi ahhhh....entri nie belum habis!!!

Tuesday, April 27, 2010

Rojak kan sedap! Nak Makan rojak Jugak!

aprilia-junior-gp-2

Assalamualaikum w.b.t
Jarang sekali aku memulakan entry dengan kalimah indah lagi sopan ini, mulai sekarang aku akan melatih diri untuk memulakan entry dengan cara yang sopan.

Kalau ada yang perasan blog nie berubah wajah, daripada hijau bumi kepada hitam langit, aku bukan apa, mengalami revolusi yang mendadak apabila menjelajahi dunia blog yang seluas lautan yang dipenuhi beraneka spesis ikan dan makanan laut (a.k.a blog).

Dan dengan usia penjelajahan selama 1 bulan (nie baru sebulan, kalau setahun? entah macam2 aku bleh ubah kot), sambung2, dengan usia penjelajahan selama sebulan nie, aku bertemu/terlihat/terserempak/terklik/terjah beraneka rasa dan warna blog. Dan dengan pemikiran yang waras, aku mengecam beberapa trend/kelas/jenis blog. Dengan itu sku ingin menyatakan, aku telah dapat kategorikan blogger (khasnya blogger tanah air) kepada 3 KELAS!

A) Blogger High Class

Aku analogi kan blogger jenis ini seperti pembonceng motor kat GP (ape kena blog ngan GP plak nie), yang ada valentino rossi dan lain2 (sorg tu jer yang aku taw), blog simple, domain chantek jer, takdennye macam mereka123.blogspot.com, widget ade 2-3 ketul jek, tapi komen hah! amik kaw, smpai aku rasa nak muntah tengok (sebab banyak sangat), aku pun tak taw ape yang hebat sangat! tapi apa-apa pun isi blog nya mantap, hanya fokus kepada satu tema (macam syarikat coca-cola, keja dia pasal coca-cola jek, takder nyer nak cerita pasal susu dalam tin ker, biskut beraneka rasa ker dll) relatif dengan majoriti, bukan berbentuk personal yang syok sendiri (mcm aku, sedar pun..hah bila nk berubah?). Lagi satu takkan jumpe chatbox/shoutmix/dan yang sama spesis kat blog high class nie (yang aku ingat2 lah)

B) Blogger Kelas Pertengahan

Ini blogger yang separuh macam mat sempit, separuh macam valentino rossi (aku dah tak taw nak letak contoh ape dahh), separuh pro, separuh xpro jadiknya proxpro lah kan. Blog bercampur aduk, kengkadang cerita pasal kucing, kejap cerita pasal movie, kejap ade tutorial, kengkadang mengutuk blaaaa...blaaa...blaaa...tapi yang penting, blog jenis ini jugak mendapat sambutan kerana biarpun isinya rojak, tapi still berinformasi.

C-Z) Blogger Tadak Kelas! (aku kot..)

yang ini pure macam mat sempit! (maaf lah kalo contoh kurang sesuai), motor kapcai (template warna warni gitu), widget kiri kanan, atas bawah depan belakang blaa...blaaa...pendek kata 50% blog dia diisi oleh widget sahaja, isk...kalo nak loading tuh, pemilik blog tu jer yang boleh sabar tunggu (hahaha, yang nie aku sure sah!), kalo aku buka blog orang dan aku boleh kelip mata sampai 5x, aku tekan x kat tab mozila aku....tak sanggup den nak tunggu wehhh..nk blogjogging punya pasal, kena lah cepat kan. aku bukan nak rendahkan atau mengutuk, tapi kesesuaian kena ade kalo kita nak orang senang nk lawat blog kita.

Tak cukup dengan widget, ditambah pulak dengan entri yang lubuk hati nurani dan dia sorg jak boleh jiwai (maaf banyak2, ini berdasarkan kajian tidak formal), tak salah pun, tapi kalau menyampaikan, atau menceritakan sesuatu, orang akan tertarik kalau benda tu menarik, lucu, berkaitan dengan hidup mati si pembaca, atau hidup mati relationship (yang kapel2) si pembaca, mesti dia baca sampai ke dasar bumi! kalau tak, agak2nyer dia buat ape??

Paling ciput lah, dia TERIAK kat chatbox, dan tinggalkan link (aku selalu buat), dan kedua maybe kalo dia aliran NUFFY, dia akan kelik nuff anda, itu jer.....lepas tuh? takder ape (macam blog ku lah jgk)

Aku rasa dah lebih nie, tak baik aku cakap camnie rasanya, tapi aku rasa, korang sendiri boleh nilai lesen yang korang ade sekarang A, B atau C-Z...

p/s: aku tengah buat revisi untuk letak lesen jenis apa blog aku nie...