Monday, April 5, 2010

Jangan Copy Bulat-bulat!!!

hate and love

Aku nak jadi macam man kidal" fikirku pada 3 tahun yang lepas, setiap masa setiap kali aku terpegun dengan kehebatan seseorang aku akan menanamkan keinginan untuk menjadi seperti orang itu.

Walaupun begitu semangat itu hanya bertahan tidak begitu lama, dan aku berasa hairan kenapa perkara seperti itu boleh terjadi dalam diri ku ini, adakah aku ini seorang yang tidak berpendirian? Selalu aku berasa cemburu dengan orang-orang yang ada disekeliling ku, masing-masing ada kelebihan dan pencapaian tersendiri, tapi aku seolah-olah menanti sesuatu yang tidak pasti. Tapi aku yakin akan satu perkara..


Aku sebenarnya bukan nak jadi orang-orang yang aku kagumi, tapi aku sedar aku sebenarnya mengkagumi kehebatan orang-orang tersebut, mengkagumi pencapaian yang luarbiasa (Micheal Jordan contohnya), bangga dengan kejayaan mereka (Pensyarah aku contohnya), Jeles sikit dengan member aku (yang macho dan kiut, sebab aku ni sungguh sederhana pada paras rupa), dan rasa tercabar dengan pencapaian kawan-kawan seusia aku (ada yang racing, jadi doktor, engineer, dan macam-macam lagi) semasa sekolah menengah dulu aku terlalu taksub dengan sukan bola keranjang, tapi hari ini aku sebulan sekali pun belum tentu aku pegang bola. Tapi yang ini aku mang minat. bukan nak mengikut orang.


Sekarang, setelah sekian lama aku berjalan dan bernafas di muka bumi ini, aku akan bertanya dengan diriku sendiri setiap hari "Apa yang aku nak?". Apa sebenarnya yang menjadikan diri seseorang itu begitu hebat dalam satu perkara?

Minat! Kemahuan! Dorongan! dan keinginan yang meluap-luap untuk mengetahui dan menguasai sesuatu perkara dan kadang kala sebab tiada pilihan lain, sehingga satu tahap semua perkara disekeliling yang tidak berkaitan menjadi kabur, dan menjadi tidak penting lagi. Perhatian menjadi tertumpu 100% pada benda yang diminati!! Dan lagi satu, pembunuh bagi minat seseorang adalah kerana orang disekeliling, kalo kita nak dengar sangat cakap orang yang berfikiran negatif memang kita takkan kemana. Aku bukan nak berceramah, tapi pengalaman aku sendiri.

Kadang-kadang, akan ada orang yang akan mengatakan kita tak patut buat benda tu, tak sesuai, takda masa depan, takkan ada orang nak tengok, takkan ada orang nak beli, takkan ada orang nak ambil ko kerja esok, ko kena buat benda yang ada masa depan, bukan kadang-kadang tapi selalu sangat orang kata begitu dengan kita. Ya, memang ada baiknya nasihat macam tu, ada positif nya. Tapi kita jangan lumpuhkan apa yang kita suka, apa yang menjadi "passion" kita. Dengan syarat, benda yang kita buat itu adalah positif. Sekarang ini aku semakin mendekati hari-hari terakhir ku sebagai Mahasiswa, dan sebagai seorang pelajar, dan aku rasa aku ingin menghentikan penderitaan yang aku alami selama ini. Menuntut ilmu itu sesuatu yang seronok tapi dengan cara menghadiri kelas, membuat assignment etc, itu bagi aku LIMITING aku punya kreativiti. Lagi-lagi dengan exam, itu bagi aku, lain orang lain pendapat.

Sekarang aku nak belajar benda yang diluar bidang aku, yang sememangnya tertanam selama ini, aku tanam saja, tapi tak pernah tumbuh-tumbuh, benih masih segar lagi ni, cuma mo kena baja, dan kena siram air setiap hari, harap-harap akan tumbuh macam cendawan dan takkan layu macam pokok "plastik". HAHAHA (gelak sendiri)

Ini adalah entry merapuh yang diluahkan tanpa rangka karangan yang baik, tapi merupakan perkara yang dicurahkan ikhlas dan nyata dari dalam diri ini. Walauapapun, pemikiran setiap orang berbeza, dan aku ada cara aku sendiri. Dan aku yakin pembaca mesti tidak faham apa sebenaynya yang aku ingin sampaikan disini, "apa sebenarnya mesej yang budak nie nak sampaikan", mesti itu yang difikir. Fikir-fikirlah sendiri, dan yang paling penting, BE YOURSELF!! and nak tambah satu, BE POSITIVE!

Sungguh berjela dan sopan entry ini.

Sekian, terima kasih




3 comments:

Anonymous said...

maC egt na jd mcm angelina jolie lah.. wahh~ haha ;p

Akmad Toshiro said...

bulih2..nnti pi buat screen test, then wat pembedahan sikit kat bibir tuh..hehe

Mis Erika said...

wah pnuh brsemangat..
hohoho..
:)