Tuesday, April 13, 2010

Personal "Merekaaaaaa"

bukalah bah mulut ko nie!!! (Dekat Hutan Bandar Johor.B)

Selamat pagi, kepada yang membaca pada waktu pagi kerana aku menulis tepat pada 3.32pm, memikirkan entri yang menarik! Sememangnya aku tidak terfikir sesuatu yang menarik. Dan terbukti setiap kali aku buat entri semuanya langsung tidak menarik, kesian kan. Bukan salah aku bah!

Aku baru blogging beberapa minggu, aku bukan mengejar populariti, keFAMOUSan, atau 1000 Follower!! Aku cuma mahu membuang masa ku dan menggunakan manfaat LapTop dan juga wireless free di kolej ku ini, kalo dulu aku main facebook, tagged and the geng. Tapi merasakan perbuatan aku itu tidak mendatangkan sebarang faedah kepada ku, jadi aku rasa aku patut hidupkan blog ku ini. Aku boleh menempel perkara yang terkurung dalam benak kepala dan hati ku ini. Disamping berkongsi dengan orang lain, kalo ada yang sudi lah. Kalo ada, aku ucapkan SANKIU! ARIGATOUU!

Cerita kali ini ingin menyentuh semasa aku berumur 6 tahun dan kebawah dan juga ke atas, aku pun bukan ingat sangat. Aku tidak ingat aku lahir dimana, tapi mak aku bagitau aku lahir di hospital semporna, pada 12 disember 1987, agak2 sudah berapa lama yahhh?? dan perkara tersebut juga tertulis pada surat lahir aku. Aku ada beberapa gambar masa kecil tapi semua gambar tu ada kat rumah, tak pernah aku nak tukar ke dalam bentuk digital, sebab kat rumah aku benda paling canggih adalah hanfon N70 ker tak silap, takda printer atau scanner, atau digital kamera. Masa kecil ku, bermula dari umurku dalam 3-4 tahun aku boleh ingat sudah apa yang aku lalui masa tu.

Kawan paling rapatku masa kecil adalah, kakak ku, dan abang ku, aku ada 3 orang kakak, dan sorang abang, walaupun begitu, aku lebih rapat dengan kakak2 ku. Kakak ku yang paling sulung Faridah, panggil kak didang, kakak yang penyayang, sangat mengambil berat akan adik2nya, perkara yang paling aku ingat dengan kakak ku yang sorang nie, dia selalu masakkan aku bubur nasi, sebab itu makanan kegemaran ku! Kronologi cerita ku ini mungkin lari2 sebab folder kat dalam otak ku nie tak tersusun, tiada memory manager agaknya, aku cubalah bercerita seboleh yang mungkin. Seterusnya kakak aku yang nombor 2 Almilina, panggillan dia, kak gie. Kakak ku yang sorang nie mang sorg yang stylo, peminat setia BACKSTREET boys, A1, NSync, dan The Moffats! yeah! Semua koleksi kaset dia simpan, dan lagu2 inilah jugak yang menjadi muzik layanan ku masa kecik2 dulu. Kakak ku yang ketiga plak Alnaztra, panggilan kak naz, ini kakan ku yang mempunyai sifat kat tengah2 berbanding 2 orang atas dia, sorang yang sangat manis, comel, kecik2 jak orang dia, dan aku ingat kat sekolah dia ramai betul peminat, sampaikan aku yang jadik mangsa kena kejar oleh peminat2 dia, nak kirimkan salam lah, kirimkan suratlah, aku ambik jak benda2 tuh, pastu aku pun kerana sangat geram dan tak suka dengan budak2 laki nie, aku tak bagi benda2 tu..hahahah, aku taw niat dorang kurang memuaskan aku! no way lahh! hahaha, jahat bukan.



Sterusnya adalah abangku Alraztlan, nama cantik2 belaka dorang nie kan, cuba teka nama ku camna pulak...hahah...ok2 sambung2, abangku nie panggilan dia abg lan, aku rapat dengan abngku jugak masa kecil2, aku mengaji sama2 dengan dia, kami mengaji dengan arwah nenek dayang (nenek dayang nie, dah meninggal masa aku form 1) kami mengaji al-quran sama2, aku, abang aku, sepupu2 aku, ramailah, aku ingat lagi time tu, aku mula mengaji pada hari khamis, sebab mak aku ckp bagus kalo start mengaji pada hari kita lahir. Aku mengaji dalam masa lebih kurang 2-3 tahun jugak, agak lama jugak lah. Tapi abang aku khatam dulu, dia khatam dalam 5 bulan sebelum aku. yang kakak2 aku semua sudah lama khatam. Dan dalam masa yang sama, aku juga mengaji madrasah, dkat2 rumah jak. Disini lagi ramai yang budak2 yang sama umur aku mengaji sekali. Cucu arwah nenek dayang pun mengaji kat cni, kiranya kalo yang mengaji dengan nenek dayang nie tradisional punyalah, kalo yang mengaji kat madrasah nie dia ada sistem, tu lah beza dia. dan yang bagusnya kami mengaji madrasah ustazah yang kendalikan tempat tu bukan pernah minta sebarang yuran, sebab dia buat sedekah atau infak atau mudir dan yang sama waktu dengannya kepada anak2 kampung sini lah, tapi sekarang tiada lagi.

Aku sampai jugak tahap senior masa mengaji madrasah and mengaji dengan arwah nenek dayang tuh, maksud senior sini aku boleh mengajar budak2 baru yang lambat masuk dari aku. Tapi aku bukan pandai sangat aku tahu yang asas dan lancar lah jgk mengaji. banyak perkara yang aku belajar masa tu, masa tu umur aku kalo tak silap dalam 6-7 tahun lah.

Dan aku nak sambung cerita pasal kwn2 rapatku kat rumah sebelum aku masuk sekolah, aku tak berkawan dengan orang luar, aku rapat dengan aku punya adik beradik jak, dan juga sepupu. Sebab apa aku boleh rapat dengan sepupu, sebabnya rumah kami dekat2 jak. Masa aku kecil2 dulu before masuk sekolah, aku ada 3 rumah, rumah A dan rumah B, rumah A adalah rumah family kandung aku, dan rumah B adalah rumah family angkat aku, dan satu lagi rumah iaitu rumah C, yang rumah C nie antara kategori rumahku jugak sebab masa kecil aku selalu round2 tiga2 rumah nie untuk tido, makan dan juga mandi...Kenapa kah aku ada sampai 3 bijik rumah??? Rumah B iaitu family angkat aku, suami istri ini merupakan adik kepada mak dan bapak aku, manakala rumah C pulak, adalah rumah pakcik aku, iaitu adik kepada mak aku. Aku harap kamu pening, sebab hanya aku jak yang faham. Tpi kan, masa paling lama aku stay adalah dirumah B, iaitu rumah adik2 mak n bapak sy. Sebab apa, sebab aku nie jadi anak angkat dorang sejak aku umur 3 tahun lagi. Dimanakah rumah2 ini??? Lokasi adalah Kampung panji semporna, Sabah. Boleh guna Google maps untuk cari..haha

Kat rumah C tu ada cuzen aku 3 orang, kat rumah A aku ada sibling2 ku 6 orang termasuk adik aku 2 orang, dan rumah B ada cuzen ku merangkap adik angkat ku sebanyak 2 orang. Kita orang nie semua cam adik bradik. Nak tido mana sesuka hati, makan mandi sesuka hati kat mana2 jak. Tapi kan before rumah B dan C wujud, semua berkumpul kat rumah A. iaitu rumah Mak n Ayah aku, adik bradik mak aku dulu sebelum kahwin kebanyakan tinggal ngan kami, Sebab Mak n bapa aku nie adalah yang sulung.

Huhhhhh..panjang nya entri. semasa aku menaip entri nie, aku rasa macam berada di masa lalu. Sekarang nie nak cerita pasal aku sebagai anak angkat, Aku menjadi "anak sulung" dalam family kat rumah B, sekarang aku ada 8 "adik angkat" yang merupakan cuzan aku, dan aku dah anggap mereka nie semua adik2 aku. Pakcik(bapak angkat) aku nie sorang yang pendiam, aku tak banyak bercakap dengan dia, sampai sekarang nie pun, manakala mak angkat aku plak nie mang seorang yang amat GARANG!!! hahahaha..aku dah tergelak satu orang, bila ingat kejadian dulu..makcik aku nie mang selalu pkul aku, antara alat yang menjadi kegemaran beliau adalah,



a) penyapu, paling tak sakit
b) sudip, agak sakit jugak jika dipukul berkali2
c) hanger!! ahhh..hanger besi nie jgn main2, antara benda yang aku suka buang, sebab kalo wujud benda nie, mang aku nahas lah.
d) tangan makcik aku sendiri, paling mendalam kesan dia, lebam2 pun ada, dia gunakan jari jemari dia untuk menarik telinga ku dan mencubit paha ku ini, aduiiii...

ada lagiiii...tapi ini antara alat2 kegemaran makcik aku lah...

Kenapa plak aku selalu kena dengan penderaan ini?? bagi aku ini bukan penderaan sebenarnya, sebab aku tak mengalami trauma pun ataupun badan aku luka2 teruk paling2 pun merah2 jak atau lebam biru2 jak, aku pun buat benda2 yang dia larang berulang kali, kena pukul pun tak kesah sudah. Aku selalu kena pukul kalo aku mandi air laut time aku ada kerja rumah yang tak siap lagi, tu yang selalu lah, sebab rumah aku nie kat atas laut. Floating House. bukan aku sorang jak yang kena, kadang2 abang aku sendiri kena, anak makcik aku yang dua orang tu pun selalu kena...hahaha, nasib baik makcik aku nie fair n square kan...lagi, sebab aku selalu kena dera adalah, kalo aku menyebabkan kerosakan, contohnya aku memecahkan pinggan, memecahkan tingkap, menyebabkan adik2 kecil menangis, mang aku siap lah. Pernah sekali tu, aku pi ikut abang aku memancing di laut, naik sampan, balik petang, hahhh..siap xbagitau pulak tu, mang redy lah aku kena ngan makcik aku nie, kompem!

kakak aku pun pernah kena ngan makcik aku nie, bukan aku nak cerita keburukan makcik aku lah, tapi dia seorang yang tegas, dan garang, tapi pada masa yang sama dialah yang paling banyak mendorong aku untuk berjaya pada hari ni, walaupun hari ini aku kurang bercakap dengan dorang, aku pun tak taw, masa kecil2 dulu ringan jer mulutku nie, tapi bila dah dewasa nie, layanan dorang macam lain, tu yang aku rasa lain. Takpalah, aku taw, aku yang silap, sebab start 2004 lepas spm jak aku dah jarang kat rumah. selama hampir 6 tahun aku mengembara satu malaysia mencari ilmu. aku jarang jejak kaki kat rumah, ada pun time raya, n cuti panjang. itu yang merengangkan hubungan. Tapi nnti lepas nie, aku janji aku akan sentiasa dekat dengan family aku!

Dah2 itu bukan cerita sedih, tapi life progress yang "peak" dia turun, alter in life bagi aku. There is a million happy and sad memory back there, i still can remember them clearly. Macam baru terjadi kemarin..semalam..Dulu abang aku and kakak ku and cuzen2 ku semua sekolah di sekolah yang sama, Sk Bangau2, dekat dgn rumah. Tapi aku Sekolah di pekan, jauh sikit dari rumah. Aku tak pernah masuk tadika, camtu jgk abg n kakak ku, terus masuk sekolah tahun 1, tapi aku tak pulak rasa jakun atau takut atau tak selesa, aku rasa sungguh seronok, sangat ramai kawan2 dan ada yang masih kontek sampai sekarang.

=Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna=

1st day kat sekolah aku masuk 1 hijau, ingatan ku samar2 masa tu. Kalo pergi sekolah aku akan bawa bekal, aku ingat lagi rupa bentuk bekal ku tu, bekas air warna merah, dan bekas makanan warna kuning, 2 menu yang slalu aku bawa adalah, meggi! fuuuuhh...sedap wehhh, meggi yang dah lembik n kembang, makan dengan nasi putih, siap dengan air milo...nikmat...menu kedua pulak adalah nasi putih dengan telur goreng or telur rebus, yang nie kalo aku nak cepat2, makcik aku sediakan bekal yang ini jak.

Before aku masuk sekolah tahun satu, aku dan belajar ABC kat rumah aku ada satu buku n pensil, dalam beberapa minggu sebelum masuk sekolah, makcik aku yang ajar, dan kakak aku jugak. Jadi aku tak heran lah jumpa ABC n 123...macam kebanyakan budak2 yang masuk tadika, dorang dah tahu benda2 nie...aku tak, aku kena buat FOUNDATION sendiri..hahaha, independent kan, independent dalam menghadapi benda baru, persekitaran baru. bangga plak aku...hahaha,



Masa aku kecik2 aku suka duk tengok TV lagi2 What's Up DOG!! ingat tak??? rancangan kanak2 yang ditaja oleh KFC...dan aku mengenali KFC dari rancangan itu, apa yang menarik kat dalam rancangan nie, ada satu segmen yang menunjukkan lukisan budak2 yang dihantar. Entah aku tak ingat apa segmen dia, tapi aku minat sangat, nak jugak aku hantar hasil seni aku (wahahahaha), haaaaa....ni part yang bulih wat aku gelak berguling2 sendiri, aku dah siap lukis dah, cantik dah, berwarna-warni sudah...tapi apa yang kurang????? AKU TAK TAW CAMNA NAK POS! wahahahah...aku masa tu agak sombong, tak suka bertanya, aku duk korek2 sendiri, cari jalan sendiri, 1st sekali benda yang aku taw, aku perlukan setem! dan sampul! sampul senang jer nak cari, aku pi beli kat kedai Bugis sana..kedai bugis tu kedai runcit, aku siap tanya "ADA SETEM KAH SINI??" ahhhhh...aku beli setem kat kedai runcit..pintar2 punya budak..mana ada lahhh benda tuh kat kedai runcit.

Aku mengenali beliau dari rancangan KFC hour...


So aku balik rumah dengan kehampaan, tapi aku tetap bertekad maw hantar karya ku itu. Tak selesai masalah setem, datang pulak masalah alamat! aduiii, mana aku maw cari alamat rumah ku nie, dahlah rumah kat atas laut. Aku mencari2 sekeliling rumah ku kalo2 ada tulisan2 macam berupa alamatkat dinding depan, HAH!! aku jumpa, dibawah meter eletrik ada kad bancian!! HAAHAHAH...aku tulis sebijik2 apa yang ada kat kad bancian tu, sebab masa tu aku masih belum lancar membaca, alamat selesai, sampul selesai, tapi setem nie yang aku pening kepala. Last2 aku ikhtiar, aku bayangkan camna rupa setem, then aku lukis, hahahahaha...palui! dalam kepala otak aku, harap2 lah orang yang hantar nie kecian dgn aku. semua sudah siap, skg aku maw pi peti pos, aku taw peti pos rupa dia camna, kotak besi berwarna merah, aku slalu jumpa di pekan.
Aku masukkan dalam tu, selesa!

Aku tunggu kat TV setiap minggu!! selama lebih kurang 5 minggu...tak pernah pun disiarkan hasil seni ku...sungguh keciwa, tapi takpa, hasil seni ku mendapat sambutan di sekolah. Cikgu2, kawan2....aku tak heran pasal KFC HOUR tu lagi...mengarut, tipu!

Hahhhh...sungguh panjang kan entri nie, padan muka sapa yang baca sampai habis, hehehee...kalo ada pun thank you lahhhh banyak2, Aku macam mo menangis plak sekarang nie taw...kenangan tu aku masih ingat lagi, benda2 masa aku kecik2 tu semua aku masih ingat lagi. Aku pahatkan kenangan ku tu dalam blog nie, kot2 kalo aku hilang ingatan, ada jgk benda yang aku boleh baca, masa tua ku nantikah...

huhhhh...rasa legaaa...dapat cerita benda2 nie, banyak lagi bah...tapi nanti2 lah, kalo aku ingat aku cerita lagi...hahaha...k lahh...byeee...


Domouu Arigato Gozaimasu..






14 comments:

- said...

wow...cerita pasal masa lalu ni..
macam siok ja.
aku mau juga kunun~

hehe *ketawa jeles*

zoul yazix said...

mak ako favourite weapon dy hanger ah..hahaha

Mis Erika said...

uiseh..flashback ka?hohoho..

hujanlebat said...

bole bukukan citer ni. xsempat nak bace. hehe

z said...

fuh!!bepeluh ketiak bace entry nih..haha..

HoneyBUZZin said...

Pertama sekali, padan muka aku sebab baca entri panjang..(meh sini, kau nak kena cubit nih..)
Rasa-rasa kenangan lalu tu yang paling best sekali kan? sekarang dah dewasa...banyak pun sibuk ngan hal masing2...
Dulu, saya selalu disuruh mama mencari abang-abang saya yang sedang bermain bola di padang...selalu jugaklah kena marah ngan derang sebab menganggu...tapi itu cerita lama la...sekarang abang jauh sangat...rindu pula pada derang ni tau..

Akmad Toshiro said...

@cikgadis silakan2..haha, ini cara merelese tension dan ketegangan dalam kepala otak..

@zOuL_iMMe aku xbleh dowh biarkan hanger besi wujud kat rumah aku masa dulu, aku akan cari jalan buang benda tu..haha

@Mis Erika flash back yang teda hujung pangkal, bserabut...

@ain_dira tu lah kan, nak habiskan mang susah, lagi2 cerita personal, mang tak menarik...

@cikkiah amboiii, kat bilik ko tu takda kipas kah smpai ketiak bpeluh..hahahah

@HoneyBUZZin hahahaha..padan muka ko, kalo dah tengok panjang camtu nak jugak baca, aku ucapkan thank you so much lahhh! dan tahniah! hahaha, keranan anda juga selalu kena marah! kenangan lalu tu lah yg xpernah lupa walau sikijappp...

p[A]n[A]d[O]L said...

woooahhhh!!
pjg siot seh n3 ko nie.
owh, orang semporna bha pula ko nie.

aku bc yg 1st n last jak.
hahaha

Vampire DoLL said...

uiks...saya pun xda gak skola Tadika....x peluang..huhuhu

|.a.r.i.e.z.a.| said...

haaa inilah mereka ek???? heheh akhirnya. hehehe

nich said...

kesian ikan tu .. dia tak bersalah taw.. bagi kaki kat dia wat pe.. hahahaa

IntanBerlian said...

panjang nye entri kau.huhu... akey adik kau ensem.nak kenal..haha.

NORIDAH said...

Terbaik... memory indah..

Unknown said...

Anduk bah..memori indah...