Tuesday, April 27, 2010

Rojak kan sedap! Nak Makan rojak Jugak!

aprilia-junior-gp-2

Assalamualaikum w.b.t
Jarang sekali aku memulakan entry dengan kalimah indah lagi sopan ini, mulai sekarang aku akan melatih diri untuk memulakan entry dengan cara yang sopan.

Kalau ada yang perasan blog nie berubah wajah, daripada hijau bumi kepada hitam langit, aku bukan apa, mengalami revolusi yang mendadak apabila menjelajahi dunia blog yang seluas lautan yang dipenuhi beraneka spesis ikan dan makanan laut (a.k.a blog).

Dan dengan usia penjelajahan selama 1 bulan (nie baru sebulan, kalau setahun? entah macam2 aku bleh ubah kot), sambung2, dengan usia penjelajahan selama sebulan nie, aku bertemu/terlihat/terserempak/terklik/terjah beraneka rasa dan warna blog. Dan dengan pemikiran yang waras, aku mengecam beberapa trend/kelas/jenis blog. Dengan itu sku ingin menyatakan, aku telah dapat kategorikan blogger (khasnya blogger tanah air) kepada 3 KELAS!

A) Blogger High Class

Aku analogi kan blogger jenis ini seperti pembonceng motor kat GP (ape kena blog ngan GP plak nie), yang ada valentino rossi dan lain2 (sorg tu jer yang aku taw), blog simple, domain chantek jer, takdennye macam mereka123.blogspot.com, widget ade 2-3 ketul jek, tapi komen hah! amik kaw, smpai aku rasa nak muntah tengok (sebab banyak sangat), aku pun tak taw ape yang hebat sangat! tapi apa-apa pun isi blog nya mantap, hanya fokus kepada satu tema (macam syarikat coca-cola, keja dia pasal coca-cola jek, takder nyer nak cerita pasal susu dalam tin ker, biskut beraneka rasa ker dll) relatif dengan majoriti, bukan berbentuk personal yang syok sendiri (mcm aku, sedar pun..hah bila nk berubah?). Lagi satu takkan jumpe chatbox/shoutmix/dan yang sama spesis kat blog high class nie (yang aku ingat2 lah)

B) Blogger Kelas Pertengahan

Ini blogger yang separuh macam mat sempit, separuh macam valentino rossi (aku dah tak taw nak letak contoh ape dahh), separuh pro, separuh xpro jadiknya proxpro lah kan. Blog bercampur aduk, kengkadang cerita pasal kucing, kejap cerita pasal movie, kejap ade tutorial, kengkadang mengutuk blaaaa...blaaa...blaaa...tapi yang penting, blog jenis ini jugak mendapat sambutan kerana biarpun isinya rojak, tapi still berinformasi.

C-Z) Blogger Tadak Kelas! (aku kot..)

yang ini pure macam mat sempit! (maaf lah kalo contoh kurang sesuai), motor kapcai (template warna warni gitu), widget kiri kanan, atas bawah depan belakang blaa...blaaa...pendek kata 50% blog dia diisi oleh widget sahaja, isk...kalo nak loading tuh, pemilik blog tu jer yang boleh sabar tunggu (hahaha, yang nie aku sure sah!), kalo aku buka blog orang dan aku boleh kelip mata sampai 5x, aku tekan x kat tab mozila aku....tak sanggup den nak tunggu wehhh..nk blogjogging punya pasal, kena lah cepat kan. aku bukan nak rendahkan atau mengutuk, tapi kesesuaian kena ade kalo kita nak orang senang nk lawat blog kita.

Tak cukup dengan widget, ditambah pulak dengan entri yang lubuk hati nurani dan dia sorg jak boleh jiwai (maaf banyak2, ini berdasarkan kajian tidak formal), tak salah pun, tapi kalau menyampaikan, atau menceritakan sesuatu, orang akan tertarik kalau benda tu menarik, lucu, berkaitan dengan hidup mati si pembaca, atau hidup mati relationship (yang kapel2) si pembaca, mesti dia baca sampai ke dasar bumi! kalau tak, agak2nyer dia buat ape??

Paling ciput lah, dia TERIAK kat chatbox, dan tinggalkan link (aku selalu buat), dan kedua maybe kalo dia aliran NUFFY, dia akan kelik nuff anda, itu jer.....lepas tuh? takder ape (macam blog ku lah jgk)

Aku rasa dah lebih nie, tak baik aku cakap camnie rasanya, tapi aku rasa, korang sendiri boleh nilai lesen yang korang ade sekarang A, B atau C-Z...

p/s: aku tengah buat revisi untuk letak lesen jenis apa blog aku nie...

1 comment:

ReDLiNdA said...

hehhe...mesti mamat motor ni..xde contoh lain nak dibuat comparison. ekekeke ;p