y teda..."...naif sungguh jawapan itu, tp itu dulu 2-3 tahun lepas. Skg nie boleh katakan semua benda tu sy ada, friendster, high5, facebook, myspace dan yg terbaru *blog..hehehee...
Tapi bila difikir balik apa sebenarnya kebaikan dan keburukan benda alah nie.???
Dulu sy selalu tanya dengan kwn2 sy, "apa kebaikan kalo ada friendster, myspace etc nie smua.???" Ada kwn sy jwb bgni, "supaya tdk lost contact...", ada plak yang jwb, "bnyk awek2 cun..then sy jwb balik, "handfon kan ada...", dorg pun kasi ketawa sy..start dari tu sy mulalah masuk ke cyber2 cafe, buka akaun friendster sy yang pertama...memang kekok lah benda tu...nmpk mcm teda papa...tp, yg bestnya bila sy add org, and then hntr mesej ngan dorg, sy tdk tau camna mau hantar komen...pertama yang sy add adlah org sbh...supaya senang, sebab sy nie org sabah..
Lepas dari tu sampai ke hari ni, sy masih lagi aktif, malah makin banyak kenalan...
So, memang betul kata kwn sy..tdk lost kontek dgn kwn2..selain kwn yang memang kenal boleh kenal ramai kwn lagi, bukan saja di sabah, atau malaysia, tapi dari seluruh dunia..cheh..Selain tu sy dpt jgk mengetahui bnyk perkara, seperti isu2 semasa, tempat2 yg sy tdk pernah pergi, berkongsi maklumat dan pendapat dgn org lain, and macam2 lagilah.
Itu dari sudut positif lah.
Tapi kalo dilihat dari sudut negatifnya plak, amat merbahaya. Malah keburukannya lebih banyk dari kebaikannya. Sebagai contoh, kita ambil pelajar sekolah, yang naif, tdk tau hal2 semasa, mungkin akan mengalami "culture shock"..kejutan budaya!! salah satu hos bagi budaya2 yang negatif adalah secara online, dan Website seperti friendster, myspace etc adalah contoh2nya..mengapa sy mengambil contoh pelajar sekolah.?? Sebab utama adalah, pada tahap ini mereka amat mudah menerima sebarang perkara yang mereka lihat dan mereka baca, pertimbangan rasional belum kukuh, ini menyebabkan budaya2 negatif amat mudah hinggap dalam pemikiran mereka. Nasib baiklah sy tk kenal benda alah nie masa sy kat sekolah menengah dulu, kalo tk, memang hancurlah. Tapi sy tidak mengatakan semua akan terpengaruh dengan budaya negatif melalui website yg sy katakan tadi, ada yang boleh menimbang kebaikan dan keburukan perkara ini, walaupun begitu bilangan mereka adalah kecil.
Itu dari segi pengaruh isi kandungan Website, mari kita lihat pula dari sudut yang lain, kita ambil pekerja pejabat sebagai contoh (mereka yang bekerja di office yang ada kemudahan komputer dan internet), anda sendiri boleh meneka apa yang akan terjadi sekiranya golongan ini sangat aktif dlm bersosial secara online, ya! produktiviti kerja menurun, semakin malas buat kerja, semakin bnyk meluangkan masa didepan komputer, sy tidak membuat kajian secara mendalam, tetapi bagi pendapat sy ini antara kesan negatif yang boleh mengugat prestasi sesebuah organisasi.
Walaupun begitu contrast nya, semasa bekerja, tekanan sentiasa ada dan antara cara terbaik adalah dengan "bersosial secara online". Sy tidak membangkang yang ini, sebab sy sendiri tahu, sebagai pelajar universiti, tekanan sentiasa ada, dan mujurlah ada kemudahan internet di temoat kediaman sy, kalo sy tension masa belajar inilah kerja saya...
Jadi, kesimpulannya disini, tidak salah kalo kita nak "bersosial secara online", tetapi harus kita tahu akan batas2nya dan kesan2nya. Dan yang paling penting, kalo kamu tahu "bersosial secara online" dengan baik insyaallah, ramai sahabat2 yang baik akan kamu kenali.
Di sini sy senaraikan beberapa list komuniti sosial online yang terkenal, dan bilangan pengguna yang berdaftar.
- MySpace, 253,145,404++
- Facebook, 175,000,000++
- Habbo, 117,000,000++
- Friendster, 90,000,000++
- Hi5, 80,000,000++
- Tagged, 70,000,000++
- Bebo, 40,000,000++
- Netlog, 42,000,000++
- MyYearbook, 5,100,000++
----------------------------------------------------------------------------------------
1 comment:
salam
ms community paling besar rupanya
aku ade account fb n fs sbb kawan2 majoriti ade fbn fs
senang nak contact katanya
;)
Post a Comment