Showing posts with label Hidup Ku. Show all posts
Showing posts with label Hidup Ku. Show all posts

Monday, April 19, 2010

My Version of Grooming Tips


We live in a time when it pays to look younger, whether it's in the workplace or in the dating world, no matter where we are, one and the most key to success is GOOD GROOMING!

There are few main part for me as a very sensitive and important part when its come to grooming. It is hair, face, clothing and body odor. For me, this three part a very sensitive, I mean a slight change could make a huge different.


Lets start with the hair, since I'm having a curly type hair, there some problem to maintain my hairstyle and haircut. I cant leave my hair uncut for longer than 2 month, when its happen, it will look really messy! and i know, that is only happen to my type of hair, I have seen a lot people with curly hair, and they keep it long, look nice and eyes catching, but I don't feel its comfortable, unless for me. Besides, as a college student I should have a clean appearance. So, eventually i choose to keep my hair short and clean, that's make me feel very comfortable.


And now we move on to the face. Yes, men face, its not like women face, I have an oily skin type, and still not easy to take care. I've been using many type of cleanser finally I've found new one, Biore for men, maybe you should try it. I use it everyday, make me feel fresh after using it, and last for a half day, that is just nice. I've too keep using cleanser, and I think it is essential to maintain the facial hygiene.

When its come to clothing, I'm not really fashionable or update with the latest trend in dressing. But, as long its look nice and suite for me, I'm not choosy. But, there are few rules! First, I don't like wrinkle! so, I will iron my cloth before wear them. I don't like colorful shirt, at least 3-4 color combination. When I'm hang out with friends, I will wear only t-shirt and jeans, with shoes. Its look simple but attractive, at least for me.

Okay, here is the final one, BODY ODOR! I'm a guy, a normal guy with normal body odor! what did i do to prevent my body odor? First, get shower 2 times a day, I'm using PROTEX, to protect me from bacteria (may be this work), and with shampoo of course for my hair. It's not enough with just shower, I need to put some deodorant or spray, and I've been trying new product from ADIDAS, here is the picture below. its just feel and smell good all day long.


Well, that's all for my grooming tips, so far so good for me. maybe i would try something new when I'm working. To have a professional look! By the way, this entry is the under PROJECT ALPHA SEASON 2, and here is the latest video of Project Alpha. CHECK IT OUT!



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Tuesday, April 13, 2010

Personal "Merekaaaaaa"

bukalah bah mulut ko nie!!! (Dekat Hutan Bandar Johor.B)

Selamat pagi, kepada yang membaca pada waktu pagi kerana aku menulis tepat pada 3.32pm, memikirkan entri yang menarik! Sememangnya aku tidak terfikir sesuatu yang menarik. Dan terbukti setiap kali aku buat entri semuanya langsung tidak menarik, kesian kan. Bukan salah aku bah!

Aku baru blogging beberapa minggu, aku bukan mengejar populariti, keFAMOUSan, atau 1000 Follower!! Aku cuma mahu membuang masa ku dan menggunakan manfaat LapTop dan juga wireless free di kolej ku ini, kalo dulu aku main facebook, tagged and the geng. Tapi merasakan perbuatan aku itu tidak mendatangkan sebarang faedah kepada ku, jadi aku rasa aku patut hidupkan blog ku ini. Aku boleh menempel perkara yang terkurung dalam benak kepala dan hati ku ini. Disamping berkongsi dengan orang lain, kalo ada yang sudi lah. Kalo ada, aku ucapkan SANKIU! ARIGATOUU!

Cerita kali ini ingin menyentuh semasa aku berumur 6 tahun dan kebawah dan juga ke atas, aku pun bukan ingat sangat. Aku tidak ingat aku lahir dimana, tapi mak aku bagitau aku lahir di hospital semporna, pada 12 disember 1987, agak2 sudah berapa lama yahhh?? dan perkara tersebut juga tertulis pada surat lahir aku. Aku ada beberapa gambar masa kecil tapi semua gambar tu ada kat rumah, tak pernah aku nak tukar ke dalam bentuk digital, sebab kat rumah aku benda paling canggih adalah hanfon N70 ker tak silap, takda printer atau scanner, atau digital kamera. Masa kecil ku, bermula dari umurku dalam 3-4 tahun aku boleh ingat sudah apa yang aku lalui masa tu.

Kawan paling rapatku masa kecil adalah, kakak ku, dan abang ku, aku ada 3 orang kakak, dan sorang abang, walaupun begitu, aku lebih rapat dengan kakak2 ku. Kakak ku yang paling sulung Faridah, panggil kak didang, kakak yang penyayang, sangat mengambil berat akan adik2nya, perkara yang paling aku ingat dengan kakak ku yang sorang nie, dia selalu masakkan aku bubur nasi, sebab itu makanan kegemaran ku! Kronologi cerita ku ini mungkin lari2 sebab folder kat dalam otak ku nie tak tersusun, tiada memory manager agaknya, aku cubalah bercerita seboleh yang mungkin. Seterusnya kakak aku yang nombor 2 Almilina, panggillan dia, kak gie. Kakak ku yang sorang nie mang sorg yang stylo, peminat setia BACKSTREET boys, A1, NSync, dan The Moffats! yeah! Semua koleksi kaset dia simpan, dan lagu2 inilah jugak yang menjadi muzik layanan ku masa kecik2 dulu. Kakak ku yang ketiga plak Alnaztra, panggilan kak naz, ini kakan ku yang mempunyai sifat kat tengah2 berbanding 2 orang atas dia, sorang yang sangat manis, comel, kecik2 jak orang dia, dan aku ingat kat sekolah dia ramai betul peminat, sampaikan aku yang jadik mangsa kena kejar oleh peminat2 dia, nak kirimkan salam lah, kirimkan suratlah, aku ambik jak benda2 tuh, pastu aku pun kerana sangat geram dan tak suka dengan budak2 laki nie, aku tak bagi benda2 tu..hahahah, aku taw niat dorang kurang memuaskan aku! no way lahh! hahaha, jahat bukan.



Sterusnya adalah abangku Alraztlan, nama cantik2 belaka dorang nie kan, cuba teka nama ku camna pulak...hahah...ok2 sambung2, abangku nie panggilan dia abg lan, aku rapat dengan abngku jugak masa kecil2, aku mengaji sama2 dengan dia, kami mengaji dengan arwah nenek dayang (nenek dayang nie, dah meninggal masa aku form 1) kami mengaji al-quran sama2, aku, abang aku, sepupu2 aku, ramailah, aku ingat lagi time tu, aku mula mengaji pada hari khamis, sebab mak aku ckp bagus kalo start mengaji pada hari kita lahir. Aku mengaji dalam masa lebih kurang 2-3 tahun jugak, agak lama jugak lah. Tapi abang aku khatam dulu, dia khatam dalam 5 bulan sebelum aku. yang kakak2 aku semua sudah lama khatam. Dan dalam masa yang sama, aku juga mengaji madrasah, dkat2 rumah jak. Disini lagi ramai yang budak2 yang sama umur aku mengaji sekali. Cucu arwah nenek dayang pun mengaji kat cni, kiranya kalo yang mengaji dengan nenek dayang nie tradisional punyalah, kalo yang mengaji kat madrasah nie dia ada sistem, tu lah beza dia. dan yang bagusnya kami mengaji madrasah ustazah yang kendalikan tempat tu bukan pernah minta sebarang yuran, sebab dia buat sedekah atau infak atau mudir dan yang sama waktu dengannya kepada anak2 kampung sini lah, tapi sekarang tiada lagi.

Aku sampai jugak tahap senior masa mengaji madrasah and mengaji dengan arwah nenek dayang tuh, maksud senior sini aku boleh mengajar budak2 baru yang lambat masuk dari aku. Tapi aku bukan pandai sangat aku tahu yang asas dan lancar lah jgk mengaji. banyak perkara yang aku belajar masa tu, masa tu umur aku kalo tak silap dalam 6-7 tahun lah.

Dan aku nak sambung cerita pasal kwn2 rapatku kat rumah sebelum aku masuk sekolah, aku tak berkawan dengan orang luar, aku rapat dengan aku punya adik beradik jak, dan juga sepupu. Sebab apa aku boleh rapat dengan sepupu, sebabnya rumah kami dekat2 jak. Masa aku kecil2 dulu before masuk sekolah, aku ada 3 rumah, rumah A dan rumah B, rumah A adalah rumah family kandung aku, dan rumah B adalah rumah family angkat aku, dan satu lagi rumah iaitu rumah C, yang rumah C nie antara kategori rumahku jugak sebab masa kecil aku selalu round2 tiga2 rumah nie untuk tido, makan dan juga mandi...Kenapa kah aku ada sampai 3 bijik rumah??? Rumah B iaitu family angkat aku, suami istri ini merupakan adik kepada mak dan bapak aku, manakala rumah C pulak, adalah rumah pakcik aku, iaitu adik kepada mak aku. Aku harap kamu pening, sebab hanya aku jak yang faham. Tpi kan, masa paling lama aku stay adalah dirumah B, iaitu rumah adik2 mak n bapak sy. Sebab apa, sebab aku nie jadi anak angkat dorang sejak aku umur 3 tahun lagi. Dimanakah rumah2 ini??? Lokasi adalah Kampung panji semporna, Sabah. Boleh guna Google maps untuk cari..haha

Kat rumah C tu ada cuzen aku 3 orang, kat rumah A aku ada sibling2 ku 6 orang termasuk adik aku 2 orang, dan rumah B ada cuzen ku merangkap adik angkat ku sebanyak 2 orang. Kita orang nie semua cam adik bradik. Nak tido mana sesuka hati, makan mandi sesuka hati kat mana2 jak. Tapi kan before rumah B dan C wujud, semua berkumpul kat rumah A. iaitu rumah Mak n Ayah aku, adik bradik mak aku dulu sebelum kahwin kebanyakan tinggal ngan kami, Sebab Mak n bapa aku nie adalah yang sulung.

Huhhhhh..panjang nya entri. semasa aku menaip entri nie, aku rasa macam berada di masa lalu. Sekarang nie nak cerita pasal aku sebagai anak angkat, Aku menjadi "anak sulung" dalam family kat rumah B, sekarang aku ada 8 "adik angkat" yang merupakan cuzan aku, dan aku dah anggap mereka nie semua adik2 aku. Pakcik(bapak angkat) aku nie sorang yang pendiam, aku tak banyak bercakap dengan dia, sampai sekarang nie pun, manakala mak angkat aku plak nie mang seorang yang amat GARANG!!! hahahaha..aku dah tergelak satu orang, bila ingat kejadian dulu..makcik aku nie mang selalu pkul aku, antara alat yang menjadi kegemaran beliau adalah,



a) penyapu, paling tak sakit
b) sudip, agak sakit jugak jika dipukul berkali2
c) hanger!! ahhh..hanger besi nie jgn main2, antara benda yang aku suka buang, sebab kalo wujud benda nie, mang aku nahas lah.
d) tangan makcik aku sendiri, paling mendalam kesan dia, lebam2 pun ada, dia gunakan jari jemari dia untuk menarik telinga ku dan mencubit paha ku ini, aduiiii...

ada lagiiii...tapi ini antara alat2 kegemaran makcik aku lah...

Kenapa plak aku selalu kena dengan penderaan ini?? bagi aku ini bukan penderaan sebenarnya, sebab aku tak mengalami trauma pun ataupun badan aku luka2 teruk paling2 pun merah2 jak atau lebam biru2 jak, aku pun buat benda2 yang dia larang berulang kali, kena pukul pun tak kesah sudah. Aku selalu kena pukul kalo aku mandi air laut time aku ada kerja rumah yang tak siap lagi, tu yang selalu lah, sebab rumah aku nie kat atas laut. Floating House. bukan aku sorang jak yang kena, kadang2 abang aku sendiri kena, anak makcik aku yang dua orang tu pun selalu kena...hahaha, nasib baik makcik aku nie fair n square kan...lagi, sebab aku selalu kena dera adalah, kalo aku menyebabkan kerosakan, contohnya aku memecahkan pinggan, memecahkan tingkap, menyebabkan adik2 kecil menangis, mang aku siap lah. Pernah sekali tu, aku pi ikut abang aku memancing di laut, naik sampan, balik petang, hahhh..siap xbagitau pulak tu, mang redy lah aku kena ngan makcik aku nie, kompem!

kakak aku pun pernah kena ngan makcik aku nie, bukan aku nak cerita keburukan makcik aku lah, tapi dia seorang yang tegas, dan garang, tapi pada masa yang sama dialah yang paling banyak mendorong aku untuk berjaya pada hari ni, walaupun hari ini aku kurang bercakap dengan dorang, aku pun tak taw, masa kecil2 dulu ringan jer mulutku nie, tapi bila dah dewasa nie, layanan dorang macam lain, tu yang aku rasa lain. Takpalah, aku taw, aku yang silap, sebab start 2004 lepas spm jak aku dah jarang kat rumah. selama hampir 6 tahun aku mengembara satu malaysia mencari ilmu. aku jarang jejak kaki kat rumah, ada pun time raya, n cuti panjang. itu yang merengangkan hubungan. Tapi nnti lepas nie, aku janji aku akan sentiasa dekat dengan family aku!

Dah2 itu bukan cerita sedih, tapi life progress yang "peak" dia turun, alter in life bagi aku. There is a million happy and sad memory back there, i still can remember them clearly. Macam baru terjadi kemarin..semalam..Dulu abang aku and kakak ku and cuzen2 ku semua sekolah di sekolah yang sama, Sk Bangau2, dekat dgn rumah. Tapi aku Sekolah di pekan, jauh sikit dari rumah. Aku tak pernah masuk tadika, camtu jgk abg n kakak ku, terus masuk sekolah tahun 1, tapi aku tak pulak rasa jakun atau takut atau tak selesa, aku rasa sungguh seronok, sangat ramai kawan2 dan ada yang masih kontek sampai sekarang.

=Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna=

1st day kat sekolah aku masuk 1 hijau, ingatan ku samar2 masa tu. Kalo pergi sekolah aku akan bawa bekal, aku ingat lagi rupa bentuk bekal ku tu, bekas air warna merah, dan bekas makanan warna kuning, 2 menu yang slalu aku bawa adalah, meggi! fuuuuhh...sedap wehhh, meggi yang dah lembik n kembang, makan dengan nasi putih, siap dengan air milo...nikmat...menu kedua pulak adalah nasi putih dengan telur goreng or telur rebus, yang nie kalo aku nak cepat2, makcik aku sediakan bekal yang ini jak.

Before aku masuk sekolah tahun satu, aku dan belajar ABC kat rumah aku ada satu buku n pensil, dalam beberapa minggu sebelum masuk sekolah, makcik aku yang ajar, dan kakak aku jugak. Jadi aku tak heran lah jumpa ABC n 123...macam kebanyakan budak2 yang masuk tadika, dorang dah tahu benda2 nie...aku tak, aku kena buat FOUNDATION sendiri..hahaha, independent kan, independent dalam menghadapi benda baru, persekitaran baru. bangga plak aku...hahaha,



Masa aku kecik2 aku suka duk tengok TV lagi2 What's Up DOG!! ingat tak??? rancangan kanak2 yang ditaja oleh KFC...dan aku mengenali KFC dari rancangan itu, apa yang menarik kat dalam rancangan nie, ada satu segmen yang menunjukkan lukisan budak2 yang dihantar. Entah aku tak ingat apa segmen dia, tapi aku minat sangat, nak jugak aku hantar hasil seni aku (wahahahaha), haaaaa....ni part yang bulih wat aku gelak berguling2 sendiri, aku dah siap lukis dah, cantik dah, berwarna-warni sudah...tapi apa yang kurang????? AKU TAK TAW CAMNA NAK POS! wahahahah...aku masa tu agak sombong, tak suka bertanya, aku duk korek2 sendiri, cari jalan sendiri, 1st sekali benda yang aku taw, aku perlukan setem! dan sampul! sampul senang jer nak cari, aku pi beli kat kedai Bugis sana..kedai bugis tu kedai runcit, aku siap tanya "ADA SETEM KAH SINI??" ahhhhh...aku beli setem kat kedai runcit..pintar2 punya budak..mana ada lahhh benda tuh kat kedai runcit.

Aku mengenali beliau dari rancangan KFC hour...


So aku balik rumah dengan kehampaan, tapi aku tetap bertekad maw hantar karya ku itu. Tak selesai masalah setem, datang pulak masalah alamat! aduiii, mana aku maw cari alamat rumah ku nie, dahlah rumah kat atas laut. Aku mencari2 sekeliling rumah ku kalo2 ada tulisan2 macam berupa alamatkat dinding depan, HAH!! aku jumpa, dibawah meter eletrik ada kad bancian!! HAAHAHAH...aku tulis sebijik2 apa yang ada kat kad bancian tu, sebab masa tu aku masih belum lancar membaca, alamat selesai, sampul selesai, tapi setem nie yang aku pening kepala. Last2 aku ikhtiar, aku bayangkan camna rupa setem, then aku lukis, hahahahaha...palui! dalam kepala otak aku, harap2 lah orang yang hantar nie kecian dgn aku. semua sudah siap, skg aku maw pi peti pos, aku taw peti pos rupa dia camna, kotak besi berwarna merah, aku slalu jumpa di pekan.
Aku masukkan dalam tu, selesa!

Aku tunggu kat TV setiap minggu!! selama lebih kurang 5 minggu...tak pernah pun disiarkan hasil seni ku...sungguh keciwa, tapi takpa, hasil seni ku mendapat sambutan di sekolah. Cikgu2, kawan2....aku tak heran pasal KFC HOUR tu lagi...mengarut, tipu!

Hahhhh...sungguh panjang kan entri nie, padan muka sapa yang baca sampai habis, hehehee...kalo ada pun thank you lahhhh banyak2, Aku macam mo menangis plak sekarang nie taw...kenangan tu aku masih ingat lagi, benda2 masa aku kecik2 tu semua aku masih ingat lagi. Aku pahatkan kenangan ku tu dalam blog nie, kot2 kalo aku hilang ingatan, ada jgk benda yang aku boleh baca, masa tua ku nantikah...

huhhhh...rasa legaaa...dapat cerita benda2 nie, banyak lagi bah...tapi nanti2 lah, kalo aku ingat aku cerita lagi...hahaha...k lahh...byeee...


Domouu Arigato Gozaimasu..






Sunday, April 11, 2010

Buta Warna? Sedangkan hitam putih seperti tiada bezanya.

121007_1611_Blindness23 121007_1611_Blindness24

Masa sentiasa pergi berlalu, dan takkan pernah pun ia menoleh kembali walau seketika, betapa ruginya diri ini bila terkenang kan masa yang disia-siakan selama ini. Untuk menjadi seorang anak sulung, dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada adik-adik bukanlah perkara yang mudah bagi aku yang selama ini berasa hidup sendirian, sendirian kemana jua, sendirian berbuat apa saja, sendirian menangung kepedihan, sendirian dikala bergembira, dimana insan yang sepatutnya berada disamping ku untuk memberi aku semangat dan dorongan?

Amat sukar rasanya menjadi diri ini, melihat kegembiraan orang lain dirai bersama teman dan sahabat, melihat kesedihan orang lain yang dikongsi bersama insan tersayang. Melihat anak dan ibu berpelukan, anak dan ibu ketawa bersama. Makan bersama, dengan suasana yang amat meriah, tapi diri ini, seperti burung helang yang terbang diudara melihat keindahan ini hanya dari atas, dan sekali sekala hinggap di bumi untuk melihat dengan lebih dekat.

Dimana? itulah yang sentiasa aku persoalkan dalam diri aku, dimana insan-insan tersayang, tercinta, dimana mereka? Mereka ada, masih ada semuanya, tidak pernah meninggalkan ku, tidak pernah memulaukan aku, atau menyingkirkan aku dari hidup mereka. Namun, setelah sekian lama aku berjalan dimuka bumi ini, setiap hari kurasakan, jarak antara kami semua semakin jauh, semakin besar ruang perbezaan, semakin terasa ganjil. Aku amat bengang! aku berasa kesal! kenapa harus wujud perkara ini dalam hidup ku, bahkan teman-teman yang sangat rapat dengan ku, semakin menjauh, hari demi hari, terasa sejuk dan sepi hari-hari ku.

Penglihatan ku semakin hari kurasakan, semakin kabur, merah, biru kuning kelihatan seperti hiatm dan putih, bahkan hitam dan putih seperti sama saja, apakah aku buta warna?? Penglihatan mata masih baik dan sihat, tapi yang sebenarnya hati ku yang kabur dan perlukan rawatan. Hati ku terasa semakin hari semakin sepi, aku sudah tidak peduli kegembiraan atau kesedihan yang aku ada, seperti perasaan itu semua semakin pudar, aku terasa seperti sebuah mesin yang hanya bergerak, bergantung kepada keperluan fizikal semata-mata. Keperluan hati dan perasaan sudah tidak penting. Setiap hari, setiap detik dan setiap ketika, semuanya terasa sama. Hari ini, dan hari kemarin tiada perbezaan, senyuman dan ketawa seolah-olah adik beradik kembar, siang dan malam seperti percikan cahaya semata-mata.

Aku terasa, hatiku semakin buta, jiwa ku terasa kosong, jika ingin ditanya ruang dalam hati ini, ruang tidak wujud, hanya kelibat warna-warna yang tidak benyawa. Aku bermohon kepada yang maha kuasa, agar diberikan hidayah dan petunjuk agar hati ini tidak terasa kosong dan kesepian. Agar musim bunga kekal berbunga didalam hati ini. Benih kegembiraan yang tertanam tumbuh semula.

Selamat tinggal.



Saturday, April 10, 2010

I Know She wanted me!

f253892748d6eee2e7f650cf52438613
Its almost 10 years and still, that most unforgetable memory still playing around in my head. I just cant help it, and I'm sure understand why cant I forget that sweet memory. That time i was in form 2 in high school, 14 years old, maybe still to young too understand what is feeling, what frustration, but I'm quite sure because I still can feel the same even after 9 years.
What was happen 9 years back?




Its all start when I'm admiring a girl in my class, until this time her sweet face still fresh in my mind. I'm not like the other who admit their feeling easily, for this girl, I keep the feeling inside me, so tight, no ones know. But I'm unintentionally reveal my feeling to my friend, best friend of mine, in the same he is also a friend with that girl, its just not in plan! How come, i told him how much i feel on that girl. But, I forgot to warn him not to tell the girl, in a few days i got a letter from that girl. Ohhhh god, I never expect this would happen, "what should i do now?" I think.

What is in the letter? its an invitation letter, she's inviting me to her 14th birthday. Ohhhh goshhh! Amazing, its like a green light, can you imagine your dream girl is inviting you to her birthday, even she is not really close with me, we never had any conversation longer than 5 minutes! that is real never ever happen! even just look into her eyes my hands is shacking! I know that is funny and shame for me, but that's what happen to me.

Ok, this the part where I'm attending her birthday party (i cant bear to continue the story, but i have too). Where? its a place where people used to karaoke and having dinner, like a Starbucks, and the event starts 7.00 pm, here is the most unexpected, guess what! the only invited person to that party is me! yes me! besides her twin sister, and elder sister with her boyfriend, so that making us 5. Ohhhhh my god, am i dreaming?? No, I'm not. But still my shacky hand still doing its progress and that is not good!

In that night, we talked not much, but we starring to each other much. And I'm just cant forget that moment, my words are cold, we are sit facing each other. In that night we just listen to the people singing with karaoke, and eating. I just attending as her friend, but I know at that night, I was so special for her. Do you think I'm stupid because, I did not tell her how much i like her, how much i admire her before this?? I think I'm stupid. We end that night with unspoken feeling. The day after that, we are just like friend, like nothing happen. I think its my fault, I know its my turn to admit my feeling on her. But, I just let it silent and cold. That is the 1st and our last date. I mean, real date. And I hate to remember them. Because i was the most stupid guy in this planet!

We still in the same class for a year, after PMR, we are in different classes, but still in the same school, for few years she never had a boyfriend, until one day I heard she is getting engaged! and that is true. And today, she already had a child. But i never saw her for years, I just keep updating her story from her sister on facebook. And now, I'm regret with my stupidity! my lackness! I can't forgive myself until today.

Yeah! this entry is saks! i know! i just write them to burried my stupid and unacceptable memory here! rest in peace.....

Friday, April 9, 2010

Sila jgn baca jika anda tak suka!!!

meaning-of-life

Do not ask what the world needs. Ask what makes you come alive... then go do it. Because what the world needs is people who have come alive.

apakah maksud kata2 itu? huh...sy akan translate ke bahasa melayu..

Jgn bertanya pada diri anda apa yang "dunia" inginkan! tetapi tanya kepada diri anda apa yang membuatkan anda "hidup"!!! Kerana "dunia" memerlukan orang yang sememangnya sedang buat kehidupan!!

sila betulkan sy sekiranya sy silap..

pendek kata lah, mcm nk ikut perkembangan semasa, itu adalah "world needs", make sense jgk kan kalo kita ikut perkembangan semasa...ikut yang mcmana tu haaaa?? YOU HAVE THE RIGHT TO KNOW, bagi aku nk tahu perkembangan semasa itu sesuatu yang baik, tetapi apabila anda menjadi MANGSA kepada perkembangan semasa! itu kurang baik! aku ckp apa yg aku fikirkan terbaik bagi diri aku.

Above all, STAND TALL to make YOUR ideas alive!

if u dun understand, u can ask me, and if u think im ridiculios (ejaan salah kut) go ON, aku ndak rugi...hehehehe

dats oll for today..bye a.k..



Tuesday, April 6, 2010

Sila jangan baca, takde faedah

Fuhh...lega siotttt...kenapa? VIVA tesis sudah settle bro! apa itu VIVA tesis?? ahhhh, kalo bukan pelajar U tak taw lah kut, tapi aku pun baru taw last year nie, sebab aku nie lembab sangat, lebih lembab dari siput...walauapapun...aku dengan suksesnya berjaya menamatkan cabaran yang tidak seberapa ini.

VIVA tesis nie yang aku taw dari sumber yang 50% boleh dipercayai bermaksud, "presentation for thesis", ada faham, kompem tak faham kan. Senang cerita lah, lepas buat tesis kena lah bentang apa yang kita dapat! tu jek...kalo kos aku nie, dia bagi masa 10 minit untuk bentang dan 5 minit untuk Q&A (soal dan jawab teka teki)...tapi tadi aku Q&A tak sampai pun 5 minit, sebab aku bentang semua yang patut, so PENILAI fhm kot, tu yang tak banyak tanya, ade pun satu soalan, ITU PUN AKU JWB DENGAN TIBAI2 SAJA, betul ke tak aku pun xtaw...yang aku taw, aku nak hbis, itu jer!

dah2...cukup, itu yang terjadi, dan satu lagi sebenarnya VIVA tesis tu bermula jam 2 ptg tapi aku datang PUKUL 1 PTG, hebat bukan, awal sejam tu beb, tapi aku PESERTA yang ke-6, tunggu punya tunggu sampai pkul 3.30 ptg baru aku buat presentation..tapi takpe, aku lebih suka camtu...

dah2, k...bye a.k



Monday, April 5, 2010

Penyambut Tetamu Sebesar PENAPAK

kucing adalah haiwan yang sungguh comel, dan sangat disukai oleh kebanyakan orang..betu tak?? Aku pun suka kucing, dan sangat sayang dengan kucing..tapi bila.. dia buat hal yang tak senonoh, aku akan masukkan dalam kotak selama stengah hari! hah, pastu baru bagi makan. selalunya atas kesalahan buang "najis" tak kenal tempat! bagi denda sikit. Denda sikit, bukan nak Dera okay.kkena faham perbezaan dua FRASA itu. aku bukan manusia yang kejam.

aku bercerita pasal kucing kat depan pintu bilik aku nie hah, yang setiap hari menyambut kedatangan ku, melambai kepergianku (ade kot dia lambai dalam hati) selama lebih kurang setahun aku duk asrama single bed ni.

hahaha, muke dia cam kucing parsi..(takde gambar, hanset aku kamera dah tak betol!!)
bayangkan je lah eykkk. Kalo ade kucing kat depan pintu rumah anda yang setia menunggu kepulangan anda, anda rasa dia nak ape eyk?? makanan lah kot

pape pun, sy syg "MY FRONT DOOR CAT"..
hahaha...

chaw



Jangan Copy Bulat-bulat!!!

hate and love

Aku nak jadi macam man kidal" fikirku pada 3 tahun yang lepas, setiap masa setiap kali aku terpegun dengan kehebatan seseorang aku akan menanamkan keinginan untuk menjadi seperti orang itu.

Walaupun begitu semangat itu hanya bertahan tidak begitu lama, dan aku berasa hairan kenapa perkara seperti itu boleh terjadi dalam diri ku ini, adakah aku ini seorang yang tidak berpendirian? Selalu aku berasa cemburu dengan orang-orang yang ada disekeliling ku, masing-masing ada kelebihan dan pencapaian tersendiri, tapi aku seolah-olah menanti sesuatu yang tidak pasti. Tapi aku yakin akan satu perkara..


Aku sebenarnya bukan nak jadi orang-orang yang aku kagumi, tapi aku sedar aku sebenarnya mengkagumi kehebatan orang-orang tersebut, mengkagumi pencapaian yang luarbiasa (Micheal Jordan contohnya), bangga dengan kejayaan mereka (Pensyarah aku contohnya), Jeles sikit dengan member aku (yang macho dan kiut, sebab aku ni sungguh sederhana pada paras rupa), dan rasa tercabar dengan pencapaian kawan-kawan seusia aku (ada yang racing, jadi doktor, engineer, dan macam-macam lagi) semasa sekolah menengah dulu aku terlalu taksub dengan sukan bola keranjang, tapi hari ini aku sebulan sekali pun belum tentu aku pegang bola. Tapi yang ini aku mang minat. bukan nak mengikut orang.


Sekarang, setelah sekian lama aku berjalan dan bernafas di muka bumi ini, aku akan bertanya dengan diriku sendiri setiap hari "Apa yang aku nak?". Apa sebenarnya yang menjadikan diri seseorang itu begitu hebat dalam satu perkara?

Minat! Kemahuan! Dorongan! dan keinginan yang meluap-luap untuk mengetahui dan menguasai sesuatu perkara dan kadang kala sebab tiada pilihan lain, sehingga satu tahap semua perkara disekeliling yang tidak berkaitan menjadi kabur, dan menjadi tidak penting lagi. Perhatian menjadi tertumpu 100% pada benda yang diminati!! Dan lagi satu, pembunuh bagi minat seseorang adalah kerana orang disekeliling, kalo kita nak dengar sangat cakap orang yang berfikiran negatif memang kita takkan kemana. Aku bukan nak berceramah, tapi pengalaman aku sendiri.

Kadang-kadang, akan ada orang yang akan mengatakan kita tak patut buat benda tu, tak sesuai, takda masa depan, takkan ada orang nak tengok, takkan ada orang nak beli, takkan ada orang nak ambil ko kerja esok, ko kena buat benda yang ada masa depan, bukan kadang-kadang tapi selalu sangat orang kata begitu dengan kita. Ya, memang ada baiknya nasihat macam tu, ada positif nya. Tapi kita jangan lumpuhkan apa yang kita suka, apa yang menjadi "passion" kita. Dengan syarat, benda yang kita buat itu adalah positif. Sekarang ini aku semakin mendekati hari-hari terakhir ku sebagai Mahasiswa, dan sebagai seorang pelajar, dan aku rasa aku ingin menghentikan penderitaan yang aku alami selama ini. Menuntut ilmu itu sesuatu yang seronok tapi dengan cara menghadiri kelas, membuat assignment etc, itu bagi aku LIMITING aku punya kreativiti. Lagi-lagi dengan exam, itu bagi aku, lain orang lain pendapat.

Sekarang aku nak belajar benda yang diluar bidang aku, yang sememangnya tertanam selama ini, aku tanam saja, tapi tak pernah tumbuh-tumbuh, benih masih segar lagi ni, cuma mo kena baja, dan kena siram air setiap hari, harap-harap akan tumbuh macam cendawan dan takkan layu macam pokok "plastik". HAHAHA (gelak sendiri)

Ini adalah entry merapuh yang diluahkan tanpa rangka karangan yang baik, tapi merupakan perkara yang dicurahkan ikhlas dan nyata dari dalam diri ini. Walauapapun, pemikiran setiap orang berbeza, dan aku ada cara aku sendiri. Dan aku yakin pembaca mesti tidak faham apa sebenaynya yang aku ingin sampaikan disini, "apa sebenarnya mesej yang budak nie nak sampaikan", mesti itu yang difikir. Fikir-fikirlah sendiri, dan yang paling penting, BE YOURSELF!! and nak tambah satu, BE POSITIVE!

Sungguh berjela dan sopan entry ini.

Sekian, terima kasih




Sunday, April 4, 2010

Perpisahan Terakhir

lebron_happy_sad Setelah bersama selama lebih 15 tahun kini aku akan meninggalkan MU mungkin untuk selamanya, walaupun kita akan bertemu lagi selepas ini namun pertemuan itu hanyalah sementara, tidak seperti 15 tahun yang lepas, KAMU sentiasa ada bersama ku. Namun ku sungguh berasa lega dengan pemergiann MU, pertemuan kita adalah kerana aku terpaksa, dan tiada pilihan lain selamat tingga wahai...

EXAM!!! muahahaha, im AKMADJAN, 23 years old, saggitarius, final year in Universiti Kebangsaan Malaysia, bercita-cinta menjadi pereka kenderaan bermotor. and "I HATE EXAM"

No more EXAM after MAY 2009! its my GRADUATE time after 15 years living in pressure lifestyle, i need FREEDOM! by the way, aku punya LAYOUT sudah siap, dan ini lah hasilnya..TEDENG! hehehe, sy suka..anda suka? kalo suka bagus, kalo tak suka, kenapa?

Exam akan bermula pada 19 April, semoga pertemuan terakhir ini akan mengukir seribu 1 kenangan! Farewell exam...Sayonara exam…Sayonara campus life…i want to be real adult out there…dan esok merupakan hari kemuncak tekanan yang aku hadapi sepanjang satu sem ni…hari pembentangan thesis, semoga semuanya berjalan dengan lancar…amin

p/s: entry ini tiada kena mengena dengan Lebron James (gambar), huhu.. saja nak bagi contoh “perasaan” yang ada sekarang ni…

Thursday, April 1, 2010

8 JAM yang terbaik!!

death_rate_large

Tidolah selama 8 jam…

ianya adalah masa rehat yang cukup dan paling sy syorkan untuk seorang dewasa….

cukup LAH kan…8 jam….aku bangun jam 3 ptg tadi…sebab tido pkul 7 pagi tadi….hahahaha

dah2…nak masuk library pulak ptg nie, sampai malam kot…..

RAJINNYA, anak sapalah nie….

p/s: cuba ko tengok graf tu…kurang tido bahaya jgk, lebih tido pun bahaya jgk…7-8 jam ZON SELAMAT!!!

Divide and CONQUER

Divide and Conquer Math smaller

BERPECAH dan TAKHLUK???

ini bukan perkara negatif, tapi bagi aku AYAT ini lebih kepada MEMBINA KEKUATAN DIRI!!

YES! it is positive…

Mari lihat diri kita sendiri, adakah kita SEORANG yang “PACK”? pack disini bermaksud, ada macam-macam dalam fikiran kita, semua benda kita nak BUAT, tapi MAMPUKAH KITA??

AKU sendiri ada pengalaman, dimana, aku nak buat semua benda yang aku suka, benda yang aku minat dan juga kewajipan aku dalam satu masa…analogi yang mudah, aku nak makan MEE GORENG MAMAK, NASI GORENG KAMPUNG juga, BURGER AYAM azura baru, MILO ais susu lebih..

TAPI, mampukah perutku menyimpan semua benda tu dalam satu masa????

begitu juga dengan pemikiran kita……..

“Overburdening, by trying to carry too many loads all at once, will crush you physically, destroy you mentally and wreck you emotionally”…Kompmeyer

Kebanyakkan orang “CARRY the LOAD of TOMMOROW” dalam imaginasi mereka dengan pemikiran berikut:

“what will I do about that'”

“suppose this should happen”

“when will i find time to do so many things?….see so many peoples?…go so many places?

jadi apa mesej yang ingin disampaikan oleh ayat “DiVIDE and CONQUER”???

“LIVE only ONE day at TIME…LIVE today”

hidup untuk hari ini, simpan hari esok, simpan hari semalam…

JA’

p/s: aku sedang belajar untuk membahagikan masa dan buat satu perkara “part by part”..walaupun sukar untuk berbuat demikian..

Wednesday, March 31, 2010

“Baturaja” 4 gigabyte

kingstonyell

 

"Yess, selesai pun aku edit2, tambah2 dan tolak2 apa yang patut dalam tesis ku nie..."
kata-kata yang agak puas, agak riak yang bermain difikiran ku jam 11pm tadi, selepas selesai mengMASAK tesis...tapi kepuasan dan kegembiraan ku dirampas 2 jam kemudian!!!!!!!!!!


apa yang berlaku?? aku pi bilik kwn aku LEHAN, 25 tahun, bujang lagi...aku pi pinjam kunci motor, aku maw pi mana? yahhh..aku maw pi KOLEJ ZAABA, kenapa aku maw pi sana? sebabnya disana lah tempat print paling murah di dalam UKM nie, 0.8 sen sekeping, murah kan...kalo di KoLEj UNGKU Omar nie, 10 sen sekeping...


aku pigi lah sana sebab mo print hard-copy tesis yang mo dibagi dengan Dr.Chia, untuk diSEMAK....sampai2 jak disana, tempat tu sudah tutup, aku sampai jam 11.30 gitu, tutup jam 11 sebenarnya, tapi aku cuba-TRY jgk lah...telanjur sudah pi sana, jauh pulak tu, aku perlu melalui jalan "BERHANTU di UKM" untuk sampai sana, berani bukan...sampai jak sana, aku terus pi kedai print tu, aku tengok ada orang lagi dalam tu, "penjaga kedai kali, dorg tidur sini kali...." dlm fikiran ku, aku tengok pintu dia blum kunci lagi, jadi aku masuk jaklah...


nasib baik mesin print tu belum dikasi off lagi...akak yang jaga dalam tu pun cakap, "boleh, print jer...jgn banyak2, akak pun nak balik nie..." kesian akak tu, aku pun pi lah print apa yang patut...lepas print semua, aku pun bayar, dan terus keluar dari situ, supaya akak tu boleh balik rumah dia, dia rindu sudah sama suami dia tu kali...aku pun bergegas pi cari motor, dan mo balik, tapi aku rasa mo pi Kolej AMINUDIN BAKI, pi bilik senior aku yang conduct aku punya lab hari tu...si "pistollero", mo kasi tengok dia tesis ku, sampai jak sana bilik dia teda orang pulakkkkkkkk....keciwa nie, tapi aku ndak balik terus aku pi bilik Akhwan, Kosmate ku....aku mo pi bagitau dia yang besok kami ada pra-presentation dengan DR.CHIA...aku pun pi bilik dia...


Borak...borak...borak...sampai ke topik pendrive pulak, trus aku ingat2 balik mana pendrive yang aku bawa untuk pi print tadi......aku cari2...cari...cari...dalam beg, dalam poket...dalam selipar, dalam mulut...dalam hidung...semua tempat sudah ku cari...CIS!!! tedaaaa nie!!! mana hilangnya....!!


SATU JAK TEMPAT yg 99% kemungkinan dia tetinggal!!! tempat aku pi print tadi!! aku rasa, aku lupa mo cabut tu benda...bukan kali pertama nie, banyak kali sudah taw...ni yang ke-3 kali, yang pertama tak ditemui, kedua pun macam tu...yang ke-3 nie aku baru beli, PENDRIVE kingston yang paling murah, hehe 4G rm30…

 
dalam hatiku, "Moga2 lah akak yang di CC tempat aku print tu simpan aku punya pendrive.....amin" aku harap akak tu jumpa pendrive aku tu, dan dia simpan, sebab nnti besok aku maw pi ambil balik...


itu satu kejadian yang tidak dirancang, ini pulak kejadian yang dirancang...
lepas aku lepak bilik Akhwan tadi, aku ingat mo balik, sebab dia pun mo kluar tengok bola MU vs BAYERN MUNCHEN, 2 team bola gergasi eropah.....jadi aku pun balik lah, tapi aku ingat mo pi singgah bilik si "pistollero" manataw dia ada sudah, ahhhh......nasib baik dia balik sudah...dai pi makan pulak,
aku pun bagi dia tesis ku yang CINCAI tu dengan dia, minta dia tengok2, cek2..
dan seperti yang dijangka, banyak BENDA yang kurengggg, sangat banyak, aku pun baru perasan lepas dia bagitaw....jadi aku punya kekeciwaan dengan pendrive aku tadi semakin bertambah...TEDA LAGI KESERONOKAN MALAM INI, ditambah dengan besok ada pra-presentation, aku blum buat slide show lagi ni taw!!!!


sekarang aku maw pi tidoooooooooooo.....ngantook ohhh....bye a.k!

Monday, March 29, 2010

NASi ambaNG dan HELIZA??



"bro..hang belanja aku makan hari nie, poket kering lah broo..." kata ku kepada rumate ku yang hitam itu (diharap beliau akan marah), kerana sememangnya kelaparan yang teramat sekali telah menyengat perutku yang kosong tadi tengahari, (selepas post entri nokia E71), kata rumate aku "jom2, aku belanja hari nie!" aku pun semangat lah nie, tapi tiba-tiba ada member dia kol, cakap nak bagi makanan...huh, rezeki nie bro, takyah lah rumate aku belanja, sebab ada org yang sudi bagi makanan tadi, tapi dia cakap nanti jam 4ptg baru dia bagi, jadi aku pun duk tunggulah dari jam 2ptg tadi, sampai tetido aku tunggu, temimpi macam2, pizza pun ada, ayam penyek, ayam guling, semua masuk dalam mimpi ku tadi...

aku pun tak sedar bila rumate aku tadi keluar pi ambil makanan dari kawan dia tu, sedang aku tidur dengan nyenyaknya, aku terdengar suara budak perempuan yang buat alah2 cute camtu, dan suara itu sebenarnya datang dari speaker Edifier yang dipasang terus ke Laptop Acer ku, si Hafiz tengah duk tengok video, video sapakah??? Video bekas pelajar AF yang berlakon dengan Awal Ashari, dalam cerita "entah apa tajuk dia", kenal kah?? dia lah HELIZA, video dari fanclub yang ada di FB, yang aku heran, gelagat si minah comel nie agak kebudak-budakan, sangat comel lah dia...terus aku jatuh hati sekejap, aku dalam keadaan mamai menonton video itu, ada beberapa video, aku tak ingat apakah sebenarnya aksi2 yang ingin disampai oleh artis ini, tapi aku suka lah...

Setelah selesai menonton video tersebut, aku pun menjamah "pisang goreng" yang crispy lagi rangup yang dibeli khas oleh rumate ku syafiq dari KTM tadi, sebab dia pi ambil makanan dari member dia di KTM kalo tak silap lah, sambil makan2, aku bertanyalah dengan si Hafiz, member aku yang buka video heliza tadi, "dia kat mana nie skg??" bgtulah bunyi pertanyaan ku yang agak "CURIOUS" dengan latar belakang video itu, "seperti ku kenal tempat2 ini" begitulah aku fikir, jawab hafif "UMS sabah...", ohhh really...?? Patut pun familiar rupanya si HELIZA tu sebenarnya belajar di UMS Sabah, aku pernah lah masuk tempat tu tahun lepas, sebab tu agak kenal...rupanya begitu ceritanya, beliau adalah pelajar UMS, dalam bidang Biochemical.

Lepas selesai dengan kes HELIZA tu, fokus tiga mamat nie (aku, hafiz dan syafiq) beralih pada bungkusan kertas lilin berwarna coklat yang terletak di satu sudut penjuru, dengan kelaparan di DADA, bukan setakat perut, sudah sampai ke DADA, syafik membuka satu bungkusan yang agak besar, dan membuka bungkusan itu, "Macam bungkusan nasi lemak, tapi 5 kali lebih besar dari biasa" fikirku, dibuka perlahan2, dan kami bertiga duduk bersila dengan penuh sopan, menjamah rezeki FREE, benda FREE mestilah SEDAP kan, dan kalo bukan FREE pun nasi tu mang sungguh menyelerakan, SEDAPPPP..

itu lah NASI AMBANG, yang mampu mengisi 3 tangki kosong (perut harimau) dengan penuh, haha, dan yang paling menyayat hati, kami bertiga makan dalam satu bungkusan yang sama, berkongsi satu bungkusan, siap boleh beborak2 lagi, curi2 lauk pun ada, standard lah tu kan...hahaa, yang penting Tiga2 Cukup Kenyang!

teringat masa aku berbuka puasa di masjid UKM masa bulan puasa, aku rajin pi Buka Puasa di masjid UKM, salah satu sebabnya adalah benda FREE, sapa tak nak kan, lagipun aku mang suka makan yang ada DULANG, satu dulang dalam 4-5 orang...Nikmatnya mimang aku jak yang rasa, camtu lah, tapi nnti aku teda peluang lagi untuk berBUKA di masjid UKM lepas nie...

Aku rasa aku perlu berhenti sekarang kerana ada "perkara yang perlu diselesaikan", apakah perkara itu?? EYAAA, tesis!

TESIS time.............lol

p/s: lepas makan NASI AMBA tadi kami bertiga berkongsi "stick of life", cuba teka apakah stick itu...yang sungguh nyaman apabila "dicerna" selepas makan...

Me..PANDA BOY



eeeeeeeeee....
aku bukan tak suka hari isnin, a.k.a MONDAY, tapi kan...sekarang nie sudah pukul 8.30am...
aku sempat lagi main2 dalam blog nie, sempat lagi post entri nie...

padahal JAM 9.00AM ada KELASSSSS!!!
ko mau taw kah kelas apa, kelas KOMPOSIT!
chitttttt!! maw pigi kah ndak nie..??

hahaha!! rasa mengantuk sangat ohhhh...zzzzZZZZ

takpa2 aku akan hadiri kelas nie sebab ini mungkin kelas yang LAST! last..lasT!
mungkin yang terakhir sepanjang hidupku, jadi aku akan pigi...Pi Kelas Boy!!

sekarang ni aku maw pi mandi, sempat kah?? dah2 stop!!!
ok bye!!
jap2...mesti mataku ada macam panda thailand kan....adeeehhhh, sabar jak lah, bukan jugak aku hensem...jerawat banyak lagi tu..yang penting pi klasssss...

hahaha, ok byeeeee...byeee a.k!

Sunday, March 28, 2010

hariMATAHARI


Selamat hari ahad...
sekarang tepat pukul 10 malam, hari AHAD...seminggu sebelum "study week"
apa yang terjadi hari ni??

1.00am-4.00am........

Selepas berhempas pulas mengajar sorg kenalan ym ku dari sabah untuk buat blog tadi pagi, kira2 pukul 4 pagi baru habis, start pkul 1.00 pagi aku pun melantar lah kat tilam yang busuk tu...dan dengan kesedapan kipas yang sudah berapa bulan tak off, aku tertidur tanpa menyedari dunia...
standard lah tu kan...hari AHAD, solat subuh jap pkul 7.00am, pastu sambung tidooooo...

7.00am-1.00pm........

ini lah masa keemasan bagi ku, aku terlantar dengan penuh keasyikan, tidak sedar masa berlalu, selama lebih kurang 6 jam aku tidoooo, bangun lebih kurang pukul 1.40pm.....

2.00pm-6.00pm

aku bangun2 jak, perut rasa lapar, huh, jam 2.00 ptg camnie rasanya macam jam 9 pagi....
aku teringat kata2 budak2 kelas ku kat facebook semalam, "ko nyer pagi tu tengahari kot", pastu ada sorg lagi ckp, "aku rase2 ko nyer pagi tu petang kot"....
hahahaha...camtulah kehidupan sorg pelajar universiti yang "average"....
bila aku terfikir pasal "average", aku nie average kah??

kita masuk cerita lain pulak, bukan lagi hari AHAD punya cerita, tapi ada kaitan dengan hari AHAD. Aku pikir lah..punya pikir..punya pikir, aku ni dalam kategori "average" kah...
rasanya bukanlah, kalo "average" mesti banyak benda yang sama antara aku dengan kawan2 lain yang sama umur or lebih spesifik nya, sama seperti pelajar universiti yang lain...

Aku tak banyak persamaan dengan budak2 yang ada disekeliling ku nie...aku bukan seorang yang "social" sangat...aktiviti ku banyak di habiskan bersendirian...agak sedih jugak bila aku fikir2 balik, agak rugi sangat....tapi aku mang dah macam nie dari dulu lagi, nak ubah..tapi takda pendorong untuk kearah itu, lagipun aku rasa selesa dengan gaya hidupku yang sekarang nie, tak banyak menyusahkan orang lain, bersosial dengan orang2 yang tertentu sahaja, yang ada kepentingan sahaja....ok! hbis pasal "average"! SAMBUNG PASAL sUnDaY....

tipikal SUNDAY, hari ni mang tipikal sunday...bagi aku lah, TIDUR, BEREHAT, dan MAKAN2...
lepas aku bangun jam 2.00pm tagi, aku trus rasa KELAPARAN sangat!! perutku meraung2 mintak diisi sudah....dan dalam keadaan ku yang baru bangun ni, aku memang sangat MALAS mo jalan beli makan kat kafe...aku pi selongkar SIMPANAN makanan kalo2 ada meggi kah, ada biskut kah, tapi sangat KECIWAAAA, sebab ada SUsu TepunG NESPRAY yang aku beli beberapa minggu lepas, yang aku tak dapat minum selama nie, sebab aku punya Heater SUDAH RosakkkkkkkkkK!!!!!!!!!!!
jadi macamana mo minum?? macamana mo MAKAN?? mula2 sekali aku pi tandas, buat apa YANG PATUT, lepas mandi apa semua, aku pakai baju, lepas semua tu, aku dah rasa FRESH, aku duk fikir camna mo minum SUSU tepung tu, sebab aku rasa MO SANGAT minum susu.!! teda heater, jadi aku kena cari heater...aku pi ambik botol air yang kecik aku isi tu susu tepung, secukupnya, pastu aku pi bilik kawan aku di BLOK SEBELAH, pinjam heater diorang...sambil2 aku duduk tunggu air masak, aku tengok lah TV, tv paling kecil sekali aku pernah jumpa, saiz dia lebih kurang 20cm square (20cm padu) kecik jak, macam kotak kasut yang dibelah dua, Aku pun duk tengok lah cerita, biarpun kecik dan WARNA PUN HITAM PUTIH, aku tetap terhibur, tapi aku lupa sudah apa cerita yang aku tengok tadi, macam cerita melayu, yang ADA BUDAK PEREMPUAN nakal..budak perempuan tu suka buli budak laki, tu jak yang aku ingat...dah siap masak air, aku isilah bekas air ku tadi yang ada susu tepung dalam dia, kebetulan kat bilik kawan aku tu ada ROTI, garDENIA butter ScrotcH...ni lah roti gardenia yang paling sedap pernah aku makan selama nie, rasanya memang lembut, manis, rasa butter, mentegaaa...sebungkus harga dia RM 4..tapi sikit jak, dalam 20 keping gitu....
aku pi makanlah 2 keping...nikmat lah jugak sebab perut aku kan LAPAR sangat time tu....
dah siap minum susu, dah siap makan roti...perut pun dah diisi...aku duk fikir mo buat apa plak pas nie..,......

hiragana TIME!!!

aku pi cari2 buku Hiragana (japanese basic writing), yang aku pinjam dari Library ari Jumaat lepas, aku maw sambung belajar menulis jepun...aku mang dah lama mo belajar benda nie, tapi tdk pernah terlintas difikiran mo cari2 bahan untuk dijadikan sumber latihan...jadi ari jumaat ari tu aku pi lah cari kat LIbRARY UKM. nama tempat tu PTSL (perpustakaan Tun Sri Lanang), yang dikatakan antara perpustakaan yang terbesar, memang besar, sebabnya.....aku yang dah duduk tinggal dalam ukm nie pun dan selalu masuk ptsl tu boleh jugak sesat, bukan sesat tak bleh keluar, tapi sesat cari buku.....banyak sangat buku.......nanti aku cerita pasal ptsl nie lain kali...sebab banyak benda yang menarik ada di ptsl nie....

ok, aku sudah ada buku hiragana tu, jadi aku pun pi lah keluarkan buku latihan ku, untuk menulis, dengan pensil dengan pemadam.....siyokkkk ohhh belajar menulis jepun nie, sebab benda yang aku belajar nie, memang teda kaitan dengan mana2 benda yang aku pernah belajar selama nie...benda baru, menulis simbol...aku cerita sikit lah pasal HIRAGANA nie, hiragana merupakan salah satu sistem tulisan orang jepun dimana, setiap simbol mempunyai bunyi yang tersendiri...dalam hiragana terdapat 46 simbol asas, yang apabila diubah suai akan memberikan bunyi yang berbeza....walaupun begitu, hiragana ini bukanlah satu2nya sistem penulisan dalam jepun, ianya adalah salah satu daripada TIGA sistem, dua lagi adalah KATAKANA dan KANJI...ok2...kalo mo cerita pasal benda nie sampai bila pun tak hbis,
aku pun buatlah latihan menulis ku tu,

disamping itu aku pun fikir2 pasal TESIS ku yang kurang sempurna lagi tu, TESIS (ataupun FINAL year PROJECT), sebab aku kan sudah tahun akhir belajar di UKM, dan tesis adalah syarat wajib untuk aku dapat IJAZAH SARJANA MUDA dengan KEPUJIAN sains....
bukan apa, aku punya tesis boleh katakan sudah siap, cuma ada part2 kecil yang perlu aku perbaiki, dan semak semula kesalahan2 kecil...nanti hari isnin aku buat, sebab aku mau pi jumpa senior ku yang ajar aku selama nie...nanti aku pi bilik dia malam esok, bawa ole2 supaya dia tidak keberatan ajar aku....
ok lah aku maw buat kerja@ym@facebook@papa2 jak yang best malam nie....
movie teda pulak...nnti lah aku download movie, tengok ADNAN SEMPIT ok jugak kan....
tengok lah camna...
ok bye....see u next time...who is "u"?? sapa2 lah, kalo aku hilang ingatan besok, ada jugak benda yang aku catat untuk kembalikan ingatan ku ni...hahahaha

invisible in 4 MONTH!!!



Baiklah....assalamualaikum...
kepada diri ku sendiri dan kepada pembaca yang kebetulan membaca, atau sengaja membaca,
last posting adalah pada bulan disember 2009....dan sekarang dan nak masuk april 2010...4 bulan tanpa pengisian, sungguh merugikan...

belog ini adalah seperti indikator kepada pemilik belog ini sendiri, iaitu aku, apabila ianya senyap...maka pemilik belog juga senyap, bukan senyap tak bercakap, gila kah 4 bulan tak ckp...lidah boleh kelu...senyap bermaksud, tiada sebarang perubahan yg akan terjadi selama "period" senyap tersebut...jadi selama 4 bulan ini, tiada banyak yg berubah, apa yg bnyak berubah hanyalah fizikal, tinggi bertambah 2 cm..berat naik 1.5 kg daripada 55 kepada 56.5 kg selama 4 bulan, jika diteruskan selama 16 bulan berat hanya naik sebanyak 12 kg...iaitu 67 kg pada umur 23 tahun 4 bulan...huh, calculation in mind...

KeTAKUTan........................

walaubagaimanapun, berat badan dan ketinggian itu cumalah fizikal semata2, tiada nilai yang menarik dapat dipelajari daripadanya...
oleh kerana itu, sy rasa 4 bulan tempoh kesenyapan ini adalah sia2...
recently, i dont talk too much, no idea in my head....
sangat banyak perkara yang difikirkan, namun tiada tindakan....
aku takut kah?? apa yang ditakutkan?? baiklah, seperti dalam buku yang aku baca..."THOUGHT TO BUILD ON" ada menyebut pasal ketakutan...perkara yang ditakuti...
perkara pertama yang perlu bagi menhadapapi ketakutan adalah mengenali ketakutan itu dan membawanya keluar dari dalam diri...setelah selesai membaca bahagian itu, aku pun cuba merenung perkara2 yang aku takuti...apakah benda itu?? luaran, dalaman?? aku sangat ingin mengetahui perkara itu, sebab aku tahu aku takutkan sesuatu...sampai hari ini aku masih belum jumpa apa benda yang aku takuti selama ini...
tapi, aku dapat lihat bayang2 ketakutan itu...dan aku menghadapinya setiap hari, setiap masa...
hanya bayang2 nya yang ada, itulah maklumat yang aku ada...bayang2 bermaksud, benda itu ada tapi bukan menunjukkan objeknya yang sebenar, cuma bayang2...

HOWWW..???

sekarang pukul 1.01 pagi, 28 Mac 2010...aku sedang manaip entri ini, dan pada masa yang sama sendang memikirkan perkara yang aku takuti...
sepertinya, perkara itu tertanam jauh didasar diri ini...sebati sudah dengan diri ini sehingga aku sendiri tidak dapat mengecamnya...ianya adalah NEGATIVE side of me, dan perkara ini telah bersama ku selama ini...aku hidup dalam ketakutan...secara jujurnya, aku tidak dapat menemui ketakutan itu dengan cara pemikiran dan pendekatan yang aku tahu...aku perlukan sokongan org lain, kawan atau ahli psikologi...alamak...aku sudah gila kah?? belum kan, i know im not...
sekarang aku blurr..lupakan pasal ketakutan itu sebentar, nak fikirkan mengenai benda yang seronok pulak...

Forget FEAR!!! find happiness 1st!!

Kegembiraan!!! yup, disamping ketakutan yang sentiasa menghantui hidupku selama ini, ada juga kegembiraan yang wujud di sudut2 dan celah2 walaupun kegembiraan itu bukanlah besar dan hebat, ataupun mampu membunuh ketakutan ku, tapi setidak2nya ada benda positif yang aku nikmati...
1st sekali, bulan May 2010 adalah masa terakhir aku berada di UKM sebagai mahasiswa, dan mungkin masa2 terakhir aku bergelar pelajar, secara jujur aku tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian akademik yang aku ada bermula dari sekolah rendah sehingga aku masuk universiti, walaupun aku pernah merasa kecemerlangan semasa di sekolah menengah pada PMR, aku rasa itu semua tiada maknanya bila akhirnya aku masih belum puas...kenapa aku tak puas hati?? sebab aku bukan buat benda yang aku kehendaki!!! aku bukan buat benda yang aku mahu!!!

pernyataan ini aku rasa seperti satu alasan apabila pencapaian aku kurang baik berbanding org lain, tapi matlamat aku belajar bukanlah untuk bersaing dengan kawan2 or sapa2 yang berada lebih tinggi daripada aku pada masa itu, tapi matlamat aku belajar ialah apabila aku betul2 meminati perkara itu, ianya akan menjadi perkara yang sangat menarik! cehhh...some-one send me msg on ym...terhenti sebentar.............

AKU meminati seni dan juga sains, walaubagaimanapun, aku lebih teruja apabila berhadapan dengan seni...tetapi kurang teruja apabila berhadapan dengan sains....
dan kedua-duanya adalah dua perkara yang berbeza, sains=fakta...seni=imaginasi, sixth sense base, no easy hard definition...no calculus and watsoever...i dont know how to say it....

Aku minat sains, sebab ianya sehaluan dengan pemikiran ku...maksud aku, aku punya otak adalah logik dan mudah menerima sebarang teori yang ada bukti, selain itu boleh mengikuti hala tuju sesuatu persoalan...
Aku teruja dan exited pada seni kerana, ianya seperti cara aku berkomunikasi dengan diriku sendiri, aku fhm diriku secara imagine, mostly picturizing my idea and expression through paper, and colour...but its been a long time my hand didnt touch that area...i've been soo busy with my scientific life...as a science student....
well...i guess my title as student is almost over, so...i want to get my art life back!!!! yoshhhh!!!
start with new language!!! new platform...!! new environment!! all-brand-new!!

Im on My WAY to reach my dream life....not as an artist...but more to, satisfy wat i wanted to dO!! ja' next time i talk2 lagi ahhh....this time is to much becoz after 4 month, ini pun tidak cukup nie...but, ckuplah, nnti muntah plak aku kalo baca balik...daaaa

Saturday, July 25, 2009

KEMBALI ku menjajah!



selepas bercuti selama 2 bulan kini aku kembali semula....
aku taw teda sapa2 yg tunggu sekembalian ku dari percutian....
kalo ada pun aku ucapkan trimah kasih bnyk2....
anda memang dihargai dari hujung rambut ke buku lali...
adalah crita ckit...nnti aku bercerita yahh...




http://img177.imageshack.us/img177/1130/yyxxxcopy.gif

Tuesday, April 14, 2009

RED ALERT!!

http://img177.imageshack.us/img177/1130/yyxxxcopy.gif

Im going OFF now.!!!
Tapi sebelum saya bertapa dengan buku-buku akademik untuk peperiksaan (aku pelajar yg baik, biarpun tidak pernah jadi cemerlang, tapi aku masih cuba untuk belajar lagi, sampai tiada sapa lagi yang sanggup menerima aku untuk belajar), sy nak bgtau, sy dah tukar layout blog!! huh..simple2 saja, tdk lagi mampu untuk menandingi blog2 kreatif yang telah ada.

Tapi ini permulaan yang terbagus dan langkah kanan untuk mendapat identiti sendiri (sy baru nak buat rumah yg sy suka, sebelum nie guna yg standard punya) tapi layout ni sebenarnya sy edit dari layout yang ori (ciplak lagi!), tapi boleh katakan 60% elemen dia sy dah tukar, jadi secara logiknya (ikut pemahaman dan tahap kesedaran sylah) sy pegang share yg lagi banyak, jadi sy rasa, saya boleh katakan layout ini hasil kerja sy (wink*), sy explore berpuluh blog yang lain untuk dptkan idea, ini hasil yang sy dapat buat masa nie.
dan yang paling penting, jgn heran jika anda mendapati terdapat RED ALERT kat tab Explorer atau Mozila anda (itu hasil titik peluh sy masa menoreh kat Photoshop)

Dan ini untuk hiburan, lagu kegemaran mak sy...


Sunday, April 12, 2009

Something good!!

http://metropolitician.blogs.com/scribblings_of_the_metrop/exam_scram.jpg
:: I dont want to be like this ::

so, what i'm going to do now is, pause my online work..
i'll be back soon..
see you all guys..
I'm on examination week now...
(sedih+gemuruh+sedih balik+gelabah))


---------------------------------------------------



Wednesday, April 8, 2009

Ko mau masuk paper kah?

:: Masa aku jadi muka depan surat khabar hari tu!! sebab jadi hero kebakaran::

S
y rasa tajuk tu tdk berapa sesuai dengan apa yg ingin sy smpaikan, tapi beberapa jam tadi, aku telah berYM(pingbox) dgn seorg kenalan, Nabela(budak prempuan, berkaca mata, 19 thn)*aku promote ckit ni B, nama panggilan dia B. Dia nie mang agak peramah, baru jak kenal beberapa minit udah bnyk tnya(tapi lebih baik drpd jadi tunggul batu). Bnyk yg kami bualkan, terutamanya camna nak improve dia punya blog, sy org baru, sy bgtau semua yg sy tau.

Tapi, post nie bukan 100% pasal perbualan kami, tapi sy mau share sesuatu. Pernah dengar PhotoFunia.?? mesti ada ramai yg tau. si nabeela duk tnya aku cam2, aku punya turn tuk tanya bleh katakan teda, asyik dia jak. Then ada satu peluang, aku tnya dia, "...camna ko bleh edit pic kat header kat blog ko tu? nampak cam real..."

Aku pkir kalo pki photoshop pun kualiti dia takkan bgtu bgus, so aku mcm tertanya2, kot2 dia ada software tuk buat benda tu. So dia bgtau akulah, dia ckp dia guna Photofunia. n dia bagi aku link utk msuk website tu. Pastu aku cubalah utk mengedit gmbr. HUH! memang best! mcm2 effect yang ada. Jadi cover utk majalah(memang cam real), jadi cover paper(*tajuk post nie), and mcm2 lagilah, kepada yang tdk tau, dan suka gmbr2 yang high profile nie bolehlah pi website tu.

Ni gmbr2 yang aku edit guna website PhotoFunia tu(semua gmbr aku lah). HEHE :D


:: Ni masa aku jadi penulis buku kat RUSSIA tahun 2010 lepas::



:: muka aku jadi mangsa budak2 grafitti::


:: Tahun lepas aku telah menjadi model utk produk tebaru puzzle BAN DAI::




(*semuanya sekadar rekaan, kecuali Nabela dan Photofunia) hehehe..
=(^,^)=
--------------------------------------------------------------------



..